selamat pagi sume
pagi yang nyaman..
bangun-bangun tidur je nina terus buka lappy ni nak on9.
terukkan
tapi tak pelah dah tak sabar nak share info pada korang ni.. pagi ni nina nak cakap pasal perfume a.k.a minyak wangi. nina rasa sume orang pasti mempunyai 1 perfume. tak kira lah murah ke mahal ke ada juga kan.
malah ada yang lebih dari 1 perfume. betul tak
disini tips bagi membeli sesuatu perfume..
ketahui fungsi minyak wangi iaitu daripada Eau de Parfum(minyak)/Eau de Toilette (semburan)
Eau de Parfum lebih bertahan lama berbanding Eau de Toilette
bau haruman pada botol tidak semestinya sama selepas anda memakainya. sebaiknya, sembur haruman pada kertas/pergelangan tangan untuk mendapat pengesahan
biarkan beberapa minit untuk mendapatkan bau sebenar meresap lalu dipastikan serasi/tidak
sembur minyak wangi pada pergelangan tangan, bahagian nadi & leher untuk memastikan haruman tahan lama & merebak
tidak semestinya harumanyang dipakai orang lain sama kesannya dengan anda kerana faktor biologi & hormon badan manusia
hidu biji kopi andai anda ingin segera menghilangkan bau haruman & mencuba haruman lain
ada minyak wangi menjanjikan haruman berkekalan sehingga 8 jam apabila disembur. secara purata kesan bau haruman mampu bertahan 4 jam
akhir sekali, jangan malu mendapatkan bantuan jurujual untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk
WAHWAH , THANKS
ReplyDeletehehe ok most welcome :)
ReplyDeletehehe, hanya setia pda yg 1. Sweet heart tetap di hati :)
ReplyDeletehehe owh pkai yg tu ye.. ok never mind :) sy pns etia pd yg 1 gak..
ReplyDeletetips yg trbaekkk...
ReplyDeletethanks farah :)
ReplyDeletewc kak :)
ReplyDelete