Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 28, 2017

Keenakkan Nasi Ayam Hainan Cina Muslim | Syafiq Lee Recipe Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum dan hai semua!
Lama rasanya tak review makanan kan. Kali ini Nina nak review satu makanan dari air tangan Cina Muslim. Kalau korang tahu masakan Cina sangat sedapkan. Hehe betul tak? Jadi tak salah rasanya kalau nak share satu restoran ni dari Cina Muslim untuk mereka yang kaki makan atau food lover untuk cuba rasai keenakkan Nasi ayam hainan disini. 

Disini ada pelbagai lagi masakan dan turut ada beberapa gerai lain dibuka dikeliling restoran ni seperti Chaw Kuew Tiau tapi makanan utama untuk restoran ni tentulah Nasi Ayam Hainan. Memang terbaik tau. Sedap sangat! Masa tu, NIna dan kakak pusing tengok ada kedai baru disitu, dan cubalah sekali. Memang sedap! Kedai ni baru je dibuka. Dan beberapa hari yang lalu kami makan lagi untuk kali kedua.
Ini adalah menu utama restoran ni. Tengok pun dah sedapkan
Nasinya pula lembut, tak keras pun. Makan dengan sambal tu kan. Perghh sedap! Cili dia tu dia campur bawang putih. Memang nice sangat! Chinese food macam tulah :)
Close up ayam dia. Nampak sedapkan? Yang uniknya timun dia letak dibawah ayam dan dipotong isi dalamnya. Jadi makan pun tak pahitlah.
Kedai dia pun bersih tau. Susun atur perabut juga teratur dan selesa makan disitu. Yang bestnya ada minuman free tau! Hihi siapa nak rasa Teh Cina dan air suam tentulah free belaka. Teh Cina dia tak manis pun. Sesuai untuk mereka yang nak diet dan jaga pemakanan.

Untuk orang Seremban dan sekitarnya, marilah sama-sama bawa satu keluarga datang ke restoran Syafiq Lee ni yang terletak di Senawang. Berhampiran dengan Giant tu (belah belakang). Dekat dengan bangunan baru tu. Alamat tak berapa nak ingat. Cari landmark dia jela ye :)

Boleh like dan follow cerita diorang di:

March 20, 2017

Shopping Dress Cantik Secara Online | LosraVelda

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa suka shopping angkat tangan? Hihi Nina rasa rata-rata sukakan. Lagi-lagi wanita diluar sana tu. Haaa senyum-senyum tu betullah kan :D Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah lagi dengan pembelian online. Sangat recommended! Kita selalu keluar tapi tak jumpa yang berkenan, last beli online juga.
Related image
Sekarang Nina nak suggest korang satu website ni. Nampak logo atas tu. Haa..butik ni ada macam-macam tau. Nak dress ke, jubah ke, kurung ke, blouse dan palazo ke, haa semua adalah dekat LosraVelda ni. Siapa pernah dengar butik LosraVelda ni? Pada yang memang kaki shopping online ni confirm akan tahu. LosraVelda ni antara butik yang terkenal juga tau. Ia terletak di Shah Alam. Kalau korang tengok rambang mata. Cantik-cantik tau. Hehe ramai artis collaboration dengan butik ni. Nina walaupun dekat tapi tak sempat nak pergi. Online jela. Sekarang dia tengah sale. Combo 2 x RM150, ada Combo 2 x RM120. Mana nak dapat harga macam ni. Dahlah dari butik.
Haa kurung dia pun cantik tau. Nak buat pakai raya pun diorang dah open. Pi cepat usha dekat page diorang ye. Parcel Nina dah sampai. Yeahh! Service diorang memang terbaik. Nina order 15/03 haritu dan parcel sampai keesokkannya (16/03). Wahh cepat je. Kalau korang nak lagi cepat whatsapp je. Cepat juga reply. Hihi kain dia kualiti. Berat dan bila pakai jatuh terletak. Terima kasih LosraVelda!
Kalau korang nak order, boleh contact dekat link ni:

Shopping Dress Melalui Personal Shopper | PS Leeyanarahman & ByFatinSuhana

Assalamualaikum dan hai semua!
Dah lama nak post tapi baru sekarang nak up entri. Untuk kali ni, Nina nak share pengalaman dengan korang order dari 2 butik terkenal ni melalui personal shopper. Jika anda susah nak keluar atau tak nak berebut dengan ramai orangkan terutama bila sale tu, Nina suggest guna personal shopper je.

Personal shopper ni friendly, kalau korang nak tahu lebih details baju tu korang boleh tanya macam-macam. Kalau direct pm dengan admin butik ni sendiri mungkin makan masa nak reply. Yela ramai pelanggan nak orderkan. Jadi, lagi senang deal dengan personal shopper. Tak perlu sangat tunggu 'Q'. 

Kalau korang kenal Leeyanarahman dan ByFatinSuhana ni antara butik terkenal di Bangi Sentral. Siapa tahu? Haa memang sangat terkenalkan diorang ni? Koleksi pakaian mereka, mak datukkk! Ya ampun.. sangat-sangat lawa ye. Cantik gila. Mana taknya setiap kali sale, pasti ramai yang berpusu-pusu datang butik diorang. Malah ada yang datang seawal pagi. Butik pun tak buka lagi dah beratur tunggu 'Q'. That's why Nina kata, guna je personal shopper. Senang! Hehe sebab diorang ni dah official personal shopper untuk 2 butik ni. So dekat butik nanti diorang senang nak deal. Lagi satu Nina suka apa tau. Packaging diorang ni sangat special. Goodies bag leeyanarahman dengan box dari byFatinSuhana yang sangat exclusive gitu.

Untuk butik Leeyanarahman ni Nina guna @ps.aliaadnan (Instagram). Akak ni baik weh. Apa-apa yang korang nak tanya semua dia jawab. Memang puas hati servis dia. Walaupun dah close order, dia still layan sebab regular customer katanya. Hehe thanks akak ye sebab layanan ni. Tapi kalau dia lambat reply sikit tu jangan marah plak. Akak ni ada baby. Maybe dia tengah handle baby dia ok! Dress Leeyanarahman ni memang dress dia makaii. Cantik! Sama macam dalam gambar. Mak pun cakap cantik. Susah nak dapat corak macam tu. Limited kan. Yang jenis nak up to date bolehlah dapat koleksi Leeyanarahman ni.

Butik byFatinSuhana ni pula, Nina guna khidmat akak ni @iqah.bfspersonalshopper (instagram). Akak ni pun ok juga nak deal. Baik, friendly. Alah personal shopper ni memang baguslah. Hehe Nina ingat baju tu kecil je, sekali sampai besar juga box dia tapi sayang, box dia dah koyak. Sedih kita. Posmenlah ni. Tak apa. Yang penting cantik baju dia. Dah macam princess. Kain dia berat, dan terletak je bila pakai. Tak jarang, flowy dan material berkualiti sama dengan harga memang berbaloi. Cuba agak labuh. Boleh bawak pergi alter jela.

Sorry tak ada gambar ootd. Nina beli ni pun reward untuk diri sendiri juga. 2 bulan kumpul nak dapatkan 2 dress ni. Hehe memang puas hati! Yang pasti 2 butik terkenal ni tengah sale juga tau! Cepat korang cari personal shopper atau order melalui website;

March 14, 2017

Tempahan Design Blog Mieza Suhaini

Assalamualaikum dan hai semua!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana beri limpah rezeki dan sihat tubuh badan lagi untuk bekerja. Artwork ni sebenarnya bulan lepas tapi baru nak up entri. Hehe busylah kerja banyak sampai blog terabai. Blog kali ini merupakan seorang blogger juga. Haha mestilahkan. Beliau nak tema hitam putih tapi disebabkan hitam tu agak gelap jadi, saya campur dengan warna kelabu. Nak simple je. Disebabkan terlalu lama tak edit, dah tak jadi simple. Tapi owner dia kata ok, jadi proceed jela :D

Header Nina tak buat sebab apa yang owner nak tu tak dapat. Huhu jadi header dari owner sendiri. Yang lain Nina edit. Untuk watermark pula dia ilhamkan dari Nina sendiri, cuba Nina lainkan sikit :)

NAMA : MIEZA SUHAINI
PAKEJ : PAKEJ 1 FULL
THEME : BLACK WHITE (MINIMALIST)
TEMPOH SIAP : +/- TIGA HARI
BERMINAT : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

March 10, 2017

Bercuti Bersama Best Western Petaling Jaya

Assalamualaikum dan hai semua!
Ini adalah advertorial mengenai satu tempat yang superb best dan cantik giler!
Image result for melancong
Anda suka melancong? Anda juga seorang traveller yang tegar? Dan ingin bawa mereka yang tersayang ke tempat yang menarik tetapi tidak tahu kemana ingin dituju? Ingin membuat kejutan kepada yang terayang? Anda ada masalah atau sukar mencari penginapan yang cukup sesuai atau memenuhi kehendak ahli keluarga yang dapat memuaskan hati mereka? Persoalan-persoalan yang sering kali ada di benak fikiran kita.

Antara ciri keutamaan penginapan yang dicari seorang traveller adalah mencari hotel yang tidak terlalu mahal tetapi masih menawarkan perkhidmatan yang sangat superb selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Sebab apa? Sebab selain dapat menjimatkan wang, kita dapat menikmati percutian dengan sepuas-puasnya dalam keadaan yang sangat baik. Tapi sekarang ni kalau kita tengok terlalu banyak pilihan dan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas dan tetap tampil menarik untuk para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel popular di Malaysia yang menawarkan seperti perkhidmatan tersebut adalah jenama Best Western. Haaa, korang mesti pernah dengar kan? Tak pernah dengar? Okay tak apa jom baca apa yang nak share dengan korang ni.
Image result for best western petaling jaya
Gambaran bangunan Best Western Petaling Jaya
Best Western ni adalah sebuah hotel dan resort yang sangat terkenal di seluruh negara dan korang boleh menikmati dengan kadar yang terendah di mana-mana 4100 hotel mereka yang terletak di lebih 100 buah negara. Wow! Sangat menarik, bukan? Salah satu hotel Best Western terbaru yang diperkenalkan di Malaysia adalah Best Western Petaling Jaya yang bertemakan konsep Centrestage di mana ia menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup hanya di bawah satu bumbung saja. Biarpun ia masih setahun jagung namun tempat penginapan ini sudah mula mendapat perhatian ramai. Ia memenuhi sebahagian besar tingkat-tingkat utama bangunan terbaru CentreStage Complex yang terletak berdekatan dengan pusat komersial Jaya 33 dan Jaya One di Petaling Jaya. Ia juga merupakan sebuah kawasan perdagangan yang sangat terkenal di sini.
Kolam renang yang terbuka dan santai sambil menikmati keindahan langit ciptaanNya.
Selain dari itu, terdapat juga keistimewaan yang lain iaitu kolam renang yang terbuka di tingkat paling atas berserta dengan sebuah gimnasium untuk korang beriadah dan bersenam tapi kalau korang rasa macam nak relax saja sambil memanjakan diri bolehlah cuba perkhidmatan spa dan sauna yang disediakan.
Dah cuba makan sedap, bolehlah exercise pula ye. Hehe disini gym dia perlengkapannya semua lengkap.
Inilah dia suasana dan gambaran Kembali Kitchen yang menawarkan makanan yang sedap untuk pelangannya.
Memang best! Percutian kita tidak akan sah tanpa merasa keenakan makanan disini. Korang akan menemui beberapa tempat makan yang menarik dan salah satunya adalah Kembali Kitchen yang menawarkan hidangan antarabangsa dan juga tempatan. Biarpun hotel ini kelihatan agak ringkas, namun sajian menu Thai di sini memang lazat dan mungkin boleh buat korang gian untuk makannya lagi. Tak cuba korang tak tahu. Haaa, lagi satu korang jangan tak tahu pula. Di sini istimewanya ada tersedia juga Skyz Dine & Bar Rooftop untuk korang menjamah makanan dan minuman sambil menikmati pemandangan bandar Petaling Jaya dari tingkat paling atas. Wow! Sangat best bukan? Kalu nak bergambar pun sangat-sangat cantik, relax dan suasananya sangat sesuai untuk mereka yang honeymoon dan meraikan hari istimewa korang. Dah tak payah pergi luar negara dah. Dekat Malaysia ni pun dah cukup. Aku yakin pasti korang tidak akan rasa menyesal untuk book Best Western in Petaling Jaya ni sebagai tempat penginapan percutian korang.
Cantiknya suasana Skyz Dine & Bar Rooftop dia. Memang romantik sangat!
Berbekalkan suasananya yang segar, seronok, pekerja yang mesra dan ramah lagi berbilang bangsa, tempat penginapan ni sangat ideal buat semua para pengunjung tidak kiralah dari luar dan dalam negara. Lebih-lebih lagi bagi korang yang sering menjalani kehidupan harian secara aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan bagi korang yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, sememangnya pemilihan untuk book Best Western in Petaling Jaya ni adalah satu tindakan yang sangat bijak kerana ia memang memenuhi kriteria yang korang cari. Jadi, jika korang masih tercari-cari hotel di kawasan Petaling Jaya ni, jangan teragak-agak lagi untuk singgah bermalam di sini ya!