Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 25, 2019

6 Tips Pilih Baju Kurung Ikut Bentuk Badan

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya beberapa bulan je kita nak berpuasa. Dan selepas itu, kita pun nak raya. Mesti ada yang dah usha atau memnag dah beli baju raya kan? Hehe yela mesti nak grab baju raya yang lawa sekarang ni vendor jual. Esok dah puasa letih nak mencari.Ni nak share sedikit tips untuk pemilihan baju kurung korang mengikut bentuk badan.

Mereka yang bahu bidang, potongan ini sesuai kerana ia akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.

Potongan ini sesuai untuk punggung besar tetapi dada kecil dan perut leper. Jangan biarkan punggung nampak lebih besar.

Sesuai untuk mereka yang dada besar tetapi punggung leper. Jika dart dibahagian depan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol

Pilih corak sama kain dan baju supaya ilusi nampak lebih tinggi.

Kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk pendek elakkan baju kurung Pahang, nanti nampak lagi mengembang.
Pesak gantung hanya kembang sedikit sehaja. Ia paling sesuai untuk tutup perut buncit dan tampak lebih langsing.

Harap ini akan membantu korang dengan pemilihan baju yang lebih tepat dan raya korang akan jadi meriah. Yeahh! :)

March 20, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Wonder Park

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina dapat tonton cerita kartun ni tau! Premiere Screening lagi. Woww! Dapat tonton dulu sebelum di release untuk orang ramai.
Sinopsis:
Wonder Park mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama June (Brianna Denski), yang menemukan taman hiburan Wonder Land di hutan namun lengkap dengan permainan yang fantastik dan menyeronokkan, serta haiwan yang dapat berbicara. June menyedari bahawa taman hiburan tersebut berasal dari imaginasinya dan hanya dirinya sendiri yang dapat menyelamatkan Wonder Land dan menghidupkan kembali keajaibannya dengan bantuan haiwan tersebut.

Review sendiri :
Cerita ni best dan sangat comel. Nina pula rasa macam main permainan tu semua. Comel :D Jalan cerita yang senang untuk dipahami. June ni pandai walaupun umur dia ni terlalu kecil untuk kita dan  kreatif dan kuat berimaginasi. Ibunya dan ayahnya juga turut menyokong. Sampai satu rumah dia buat Wonderland tu. Kalau nak tambah permainan baru ke dia akan minta ibunya bisik pada patung Monyet (Peanut) tersebut dan dalam masa sama dekat Wonderland Park pula Peanut seperti mendengar bisikan tersebut dan menyurut dia menggunakan pen ajaib dia tu. Hehe dan bermulalah June berputus asa setelah mengetahui ibunya sakit dan meninggalkan June dan ayahnya untuk pergi berubat. Dan masa nak pergi ke kem Matematik dia teringat dekat ayahnya (sebab risau ayah dia tak pandai jaga diri) dan cuba melarikan diri tetapi sesat di dalam hutan dan menemui Wonderland Park (yang dia sendiri buat bersama ibunya). Dia pelik sebab kenapa gelap, tak ada orang dan sudah usang, permainan kebanyakkan rosak. Rupanya dia lah puncanya dan cuba untuk menyelesaikan. Akhirnya... Haa nanti korang tengok sendiri ye. Bawa anak korang tengok sekali :)
★★★★

Pengalaman Mengikuti MC IG Ads by SifufBads

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hai kembali lagi Nina nak update entri pada tahun ni. Maaf jika kunjungan anda ke Blog Hijau ni masih disitu juga entri kan. Haha ok harini Nina nak share pengalaman mengikuti kelas IG Advertising ni. 

Jika korang biasa tengok dekat news feed facebook pasti akan naik iklan sifu ni kan? Hehe Nina mengikut suami turut serta dalam kelas ni. Ni merupakan kali pertama kami pergi dan tak tahu macam mana keadaan di sana. Excited pun ada :D
Kelas ini berlangsung pada 17 Mac yang lalu di IDCC Shah Alam. Kami ingat tak ramai. Tak sangka penuh dewan dan ramai giler. Sebab ramai kami dapat duduk belakang tapi tak apa ilmu tu kalau kita fokus inshaALLAH sampai. Hehe


Ilmu yang diajar ni sangat berguna untuk mereka yang baru nak berniaga atau dah berniaga tapi selalu je sales turun naik turun naik kan. Nak tetap maintain dengan sales kita tu dan menjadi orang yang berjaya dalam perniagaan. Sifu ajar macam mana nak kuasa periklanan di instagram dan sedikit ilmu di facebook. Sangat best! Kita ni kena berguru baru menjadi. Ni Nina baru nak start balik belajar. InshaALLAH kita praktik ilmu yang sifu bagi ni. Sifu ni pun tak kedekut ilmu dan jawab je pertanyaan mereka yang datang.

Untuk kelas ni ada 2 bahagian: VIP dan biasa. Nina ambil yang biasa je. Haha untuk pengetahuan korang kelas ni macam basic tau. Dia ada bermacam kelas lagi. Bolehlah usha mana kelas yang korang berminat tu.

Lagi satu Sifu baru lancarkan buku terbaru beliau. Dapatkan segera tau! Buku yang sangat sempoi sebab Sifu guna ayat kita je. Haha tak skema sangat :)

Untuk lebih lanjut boleh tekan link ini