hai sume. selamat malam..
kasut adalah idaman setiap orang. tidak kira wanita/lelaki mahupun umur. semua pasti sinonim dengan kasut untuk kehidupan harian mereka.
pemilihan kasut amat penting supaya kita akan merasa selesa apabila memakai sesuatu kasut. pasti korang pernah merasai bila beli tak padanlah, tiba-tiba ketat pula..
bila beli tadi tak kan. ha parah tu macam tu..
anda perlu bijak memilih dalam hal tersebut. nanti tak delah melecet ke apa ke kan. meh baca tips ni.. untuk panduan bersama..
beli kasut pada waktu petang/malam sebab pada waktu ini seluruh otot kaki mengembang & membesar sedikit
sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki. pastikan kasut tidak menghimpit kaki. berdiri tegak & cuba jalan
pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti
pilih kasut yang berkusyen tebal & diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan
kalau nak cari kasut untuk aktiviti berjalan kaki/jogging, pilih kasut yang berlapik tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah
pastikan tumit kaki & kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut
jangan pilih kasut yang dirasakan ketat. walaupun ada yang kata lama-lama kaki akan biasa tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit & melecet
kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat & kemas, tumit tak terlalu tinggi & mampu menampung kaki dengan stabil
jangan terpedaya dengan promosi & tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan & ciri-ciri kasut yang diingini
ketahui materialnya. pastikan material itu membenarkan kaki bernafas seperti kulit
jangan jadi mangsa fesyen
bagi yang baru beli kasut pasti akan merasakan melecetkan. ni tipsnya..
gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum kali pertama dipakai..
ok selamat mencuba

wah baru tahu info pasal gosokkan lilin putih tu .
ReplyDeletethanx eh ! ^_^
hehe sy pn sme.. ok most welcome :)
ReplyDelete