Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 1, 2022

[Racun TikTok] Wireless Earbuds Pro 6

Assalamualaikum dan hai semua!

TikTok buat hal lagi sebab ada je barang yang best dan banyak yang murah. Untuk kali ini, Nina nak share wireless earbuds yang murah. Bawah RM20 je guyss!! Betul.. Dia siap berkotak lagi tau..

Dia banyak warna ye. Pilihan Nina mestilah warna putih. Hehe warna pink dia pun cantik juga. Rambanglah sebab semua warna dia cantik :D
Saiz dia kecil comel je korang. Memang senang nak bawa kemana sahaja dan tak makan ruang pun. Earbuds dia dalam case tu jadi selamat untuk disimpan dan ada magnetic bila korang nak tarik. Jadi tak jatuh atau hilang. Yela benda tak ada wire dan kecil pula kenalah ada magnetic tu. Hehe dia sekali dengan USB. Dan senang untuk bluetooth dengan phone korang. Buka je bluetooth terus dia pair. 

Earbuds dia ni pun ada fingerprint touch. Kalau korang nak jawab call ke letak je jari dekat earbuds tu. Hehe senangkan. Sound pun boleh tahan kuat dan clear. Yang penting tak berselirat dengan wire lagi. Boleh tengok dekat TikTok ye :)