Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

June 26, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Yesterday

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam Nina meneman husband tengok wayang. Apa lagi tiket Premiere Screening lah. Wahhhh! Seronok juga dapat tonton dulu sebelum di release untuk orang ramai.
Sinopsis:
Pada masa kini, Jack Malik adalah penyanyi dan penulis lagu-lagu dari Clacton-on-Sea yang mimpi kemasyhurannya akan semakin pudar dan mendapat sokongan rakannya iaitu Ellie. Kemudian, selepas kemalangan bas, Jack bangun untuk mengetahui bahawa tidak ada orang lain di Bumi yang mengingati The Beatles.
Dengan bantuan ejen Amerika, Debra, Jack menjadi popular dengan menyanyikan lagu-lagu dengan band tersebut. Walaubagaimanapun, apabila namanya semakin meningkat, dia akan kehilangan Ellie iaitu seorang yang selalu percaya kepadanya.
Review sendiri :
Cerita ini agak best jugak. Tidak terlalu serius dan ada part yang lawak, Apa yang lawak tu nanti korang tengok sendiri. Hehe Jack ni penyanyi dan pemuzik dan macam-macam persembahan dia buat tapi tak ramai yang dengar lagu dia. Kesiankan? Hehe tapi Ellie ni setia je dengan dia. Dah nama pengurus dan kawan baik dia. Suatu hari, Jack mengalami kemalangan dan mendapati dirinya sebagai satu-satunya orang yang mengingat The Beatles dan menjadi terkenal dengan mengambil kredit untuk menulis dan melaksanakan lagu-lagu mereka. Tetapi dalam masa sama dia akan kehilangan Ellie. Ellie jatuh cinta dengan Jack tetapi Jack masih keliru dengan diri dia. Akhirnya dia telah membongkarkan semuanya semasa mengadakan persembahan di hadapan ribuan peminat dan juga meluahkan perasaannya kepada Ellie. Lebih lanjut bolehlah tengok bersama kawan, keluarga anda :)
★★★★

June 23, 2019

SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM

Assalamualaikum dan hai semua!
TAMAT!!!!
Syarat-syarat penyertaan :
  1. Buat satu entri bertajuk : SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM 
  2. Copy banner segmen di atas masukkan ke dalam entri segmen 
  3. Follow blog, Follow instagram, Follow/Add facebook, Like page facebook
  4. Tag beberapa rakan anda
  5. Lepas itu, dah boleh submit url entri bawah kotak komen segmen ini sahaja
  6. Segmen bermula 17.05.2019-24.05.2019 *DILANJUTKAN SEHINGGA DIBERITAHU
Hadiah : *update 15/06
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2019
  • 25 x KAD RAYA LIMITED 2018
Selamat Bersegmen :)