Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 29, 2014

08 : Wordless Wednesday | Hujan

WORDLESS WEDNESDAY |  Hujan adalah rahmat dari Allah. Ketika ini doa kita adalah antara doa yg akan makbul. InsyaALLAH, Aminnn :)


October 24, 2014

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Assalamualaikum dan hye semua!
Esok 25/10/2014 bersamaan hari Sabtu merupakan hari MUHARAM iaitu bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Dan jangan kalian lupa untuk membaca doa akhir tahun 3x selepas Asar (sebelum Maghrib) dan doa awal tahun 3x selepas Maghrib hari ini tau (Jumaat) :)

 



Salam Maal Hijrah. Maaf silap dan salah ye :)

October 22, 2014

07 : Wordless Wednesday | Deepavali

WORDLESS WEDNESDAY | May your Diwali be a celebration of beautiful colours and many sparkles.. and hope this year filled with peace, prosperity and happiness..

October 20, 2014

Academic Visit 1 : National Audit Department

Assalamualaikum dan hye semua!
Jumaat yg lepas (17/10/2014) kami student UniKL under subjek Advanced membuat lawatan ke Jabatan Audit Negara di Putrajaya. Ini adalah  event atau academic visit yg pertama. Banyak lagi lawatan akan diadakan.



Review Program : Banyak input dapat sepanjang lawatan ni cuma tak boleh nak lama sebab hari Jumaat kan lelaki pula nak pergi sembahyang. Kami tak sempat nak tengok kawasan yg lain cuma kami dengar  Talk sahaja dari  the Best Speaker dari Audit Negara. Walaupun kami tak dapat tengok sendiri macam mana mereka bekerja, tetapi kami dapat view melalui Talk dan short video yg dipertontonkan. So, dari situ, kami mengenali bahagian-II di Jabatan Audit ni secara real. Dan macam mana nak bekerja di Jabatan Audit ini sendiri dan sebagainya.

Bagi mereka student ni yg nak membuat lawatan bolehlah buat proposal dan email kepada mereka atau follow-up call dan deal sendiri dengan mereka. Anda suggest tarikh dan diorang akan tengok time mana yg sesuai dan diorang akan cari the Best Speaker. Cuba tahun ni Jabatan Audit Negara tidak terima lagi lawatan. Lawatan dibuka pada tahun depan pula :)

*kredit gambar from Photographer UniKL 

October 15, 2014

06 : Wordless Wednesday | Internship

WORDLESS WEDNESDAY | Any ideas/suggestions for the best place? Area KL/Seremban je kos berkaitan Account/Finance :)




October 10, 2014

Tazkirah Jumaat 5 - Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat

Assalamualaikum dan hye semua!
Harini merupakan hari Jumaat iaitu hari yg ditunggukan sebab esok hari minggukan. Yeahh! Cuti :)

Kebanyakkan orang tahu Jumaat ialah hari yg penuh dengan keberkatan dan punya keistimewaan. Antara keutamaan dan keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat Ahmad)

2. Waktu yang mustajab untuk berdoa

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan.” Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya

Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

credit: iluvislam.com



October 8, 2014

05 : Wordless Wednesday | Menu

WORDLESS WEDNESDAY | Pagi-II ni korang breakfast apa? Cer tengok menu bawah ni. Semua adooo :D Macam sodap yo. Haha



Unik juga kan? Aduhai macam-II lah :D



October 7, 2014

Salam Aidiladha 2014

Assalamualaikum dan hye semua!

Masih lambat ke Nina post entry pasal Raya Haji ni? Tak kan. Haha maklumlah Nina cuti tak lama. Budak UiTM cuti seminggu. Jeles sihh :D


Apa yg kita tahu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Kalau tiba Aidiladha je mesti dengar macam-II cerita yg mencuitkan hati kan? Haha tahun ni kita dengar lembau terjun dari lori lah, lari lah. Haha tapi tak lepas juga cerita sedih :( 

Apa pun Nina nak ucapkan Salam Aidiladha. Berhati di jalan.
Semoga kita mendapat keberkatan dalam setiap apa yg kita lalui. Aminn..

October 1, 2014

7# Review Blog Terpilih - Blog Cik Balqis

Assalamualaikum dan hye semua!
Petang ni Nina nak review blog lagi. Hehe atas permintaan tuan blog ni. Lagipun Nina tak ada kerja lagi. Ada kerja tapi curi-II masa sikit. Haha blog ni Pink juga. Kenapa ek? Mungkin sebab kebanyakkan blogger perempuan suka pink >,< Just to look her header.. Nice right?



Blog ni kepunyaan akak yg comel ni. Student lagi tau macam Nina juga. Hehe study bidang Sains Kimia di UPSI. Dulu berangan juga pergi sana tapi tak pernah ada kesempatan. 

Dan akak ni juga suka join mana-II segmen ke contest ke. Baguslah akak support penganjur kan. Meriah sikitkan. Hehe so sesiapa yg buat tu ajak lah akak ni. Confirm akak ni join :D

Tentang blog akak ni so far so good tapi kalau akak arrange balik mungkin ok kot. Tak arrange pun tak apa sebab dah ok dah. Cuba kemaskan gadget-II tu ke. Jangan terlalu crowded sangat yg gantung-II tu.

Salam perkenalan akak ye ;)


04 : Wordless Wednesday | October

WORDLESS WEDNESDAY | 1/10 permulaan bagi bulan Oktober dan kita sudah pun tinggalkan bulan September.


Please, give me strength.
Berikan yg terbaik untukku.
Maafi kesalahanku tanpa kuduga menyinggung dirimu.

Aminn.. :)