Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 28, 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Assalamualiakum dan hai semua!
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

November 23, 2017

Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris

Assalamualaikum dan hai semua!
Apa yang beri inspirasi kepada saya?
Saya suka bisnes dan untuk mulakan sesuatu tu bukan mudah. Lagi-lagi kita masih berlajar dan masih baru dalam dunia bisnes ni. Untuk ceburi bidang usahawan ini perlukan fizikal dan mental yang kuat. Ibu bapa saya yang banyak beri insprasi walau diorang tak tahu pun Nina mula berniaga ni. Dari dropship sampailah dah pandai pegang stok sekarang. Alhamdulillah semuanya dapat Nina tempuhi. Lagipun Nina bukan dari keluarga yang berada dan senang. Jadi dengan duit untung berniaga itulah Nina dapat tampung sedikit kehidupan di kolej. Tak adalah nak minta je dengan ibu bapa kan. Hehe lagipun Nina niaga sebab suka walaupun malu. Haha yang penting jangan pernah putus asa dan teruskan mencari sumber ilham korang sampai korang bangkit semula seperti mereka yang sudah berjaya. 

Jom support blogger Yasmin buat GA :)

November 14, 2017

Kali Kedua Peperiksaan Secara Atas Talian SPA Untuk Akauntan 2017

Assalamualaikum dan hai semua!

Jumaat yang lepas, rasanya ramai yang menduduki peperiksaan untuk Akauntan M41 ni kan? Macam mana korang ok tak? Haha macam post sebelum ni pertama kali Nina ambil exam online SPA. Ni sama je perasaan dia. Haha tak cukup masa. Nak fikir lagi. Soalan banyak. Aduh memang siapa boleh jawab dengan cepat tu memang hebatlah. Tak apa janji dah cuba. Dapat ke tak tu belakang kira :D

Nina nak share tips. Haha sebelum tu korang kena banyak study pasal Jabatan Akautan Negara, yang penting silalah ingat basic akaun dan jangan lupa buat latihan untuk pengiraan ye. Kena ingat formula. InshaAllah boleh jawab kot. Sebab Nina tak study apa pun. Jawab kalau boleh sepantas kilat. Jangan terlalu lama dekat satu soalan tu sebab masa memang tak akan cukup untuk fikir soalan lain. Haha

Pastikan capaian internet korang betul tak ada masalah ye. Memang internet kena kuat. Hehe kalau tak ada lah masalah di kemudian hari. Goodluck korang!

November 4, 2017

Pembayaran Balik MARA Melalui JOMPAY

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina nak share korang satu benda sebab Nina rasa tak ramai yang guna cara ni. Haha sebab selalu orang akan bayar melalui bank. Ok ni Nina share ye sebab guna JOMPAY adalah percuma berbanding melalui kaunter/bank. Selalu orang fikir guna JOMPAY untuk bayar bil utiliti je. 
Baru 1st time Nina cuba guna JOMPAY ni hari ini. Caranya adalah seperti berikut;

Senangkan? Selamat mencuba dan jangan lupa bayar balik tau pinjaman anda :)
Senarai penuh cara pembayaran, boleh klik link sini.

Pertama Kali Peperiksaan Secara Atas Talian SPA Untuk PTD 2017

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya rata-rata semalam ramai yang 'exam online' malam tadi kan untuk position Pegawai Tadbir & Diplomatik M41. Hehe kecoh hal malam tadikan soalan dia macam apa tah. Haha ni merupakan kali pertama Nina dapat tawaran untuk jawab soalan ni. Alhamdulillah Nina dah cuba yang terbaik. Dapat ke tak dapat ke tu lain cerita. Janji kita dah cubakan?

Macam mana korang perasaan malam tadi jawab? Geram tak? Haha Nina pun geram giler sebab bahagian B tu tak cukup masa. Nak fikir lagi. Soalan ada 40. Aduh memang siapa boleh jawab dengan cepat tu memang hebatlah. Sebenarnya soalan tu dia trick kita je. Ada satu soalan tu memang geram je soalan no 2 tak silap yang ada Jaja, Jiji, Jijo, Jojo tu haa. Haha tiba yang manakah ada ayam? Haha menyirap je. 
Tapi bagi sesiapa nak apply lagi lepas ni ada exam lagi sila buat latihan untuk pengiraan ye. Macam kira diameter semua tu lah. Kena ingat formula. InshaAllah boleh jawab kot. Sebab Nina tak study apa pun. Study banyak pengajian am je. Pengiraan tak study apa pun. Jawab kalau boleh sepantas kilat. Jangan terlalu lama dekat satu soalan tu sebab masa memang tak akan cukup untuk fikir soalan lain. Haha

Pastikan capaian internet korang betul tak ada masalah ye. Memang internet kena kuat. Hehe kalau tak ada lah masalah di kemudian hari. Goodluck korang!

November 1, 2017

Segmen Suai Kenal IG Baru

Assalamualaikum dan hai semua!
Entri pertama untuk bulan baru tahun ni. Hehe jom join segmen ni :)

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Done follow Rai tau. Ni instagram link : https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/