Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 31, 2015

[Update Apps] WhatsApp Dah Update Calls

Assalamualaikum dan hai semua!
Korang perasaan tak WhatsApp korang dah lain? Hehe perasaan kan. Dia dah update Calls secara automatik. Mungkin secara berperingkat bagi setiap orang. Seronoklah call free tapi guna line internetlah ye. Cer try :)
Macam mana nak call, just click pada button Calls dekat atas tu *yang bertanda merah*.

March 29, 2015

Earth Hour 2015

Assalamualaikum dan hai semua!
28 March 2015 adalah hari 'Earth Hour' iaitu kita bergelapan selama sejam bagi bertujuan menyelamatkan bumi daripada pemanasan dan perubahan iklim. Siapa sokong kempen ni semalam?

KL bergelap sejam sempena earth hour
*credit gambar google

March 24, 2015

Mengenalpasti Produk Milo Tulen

Assalamualaikum dan hai semua!
Confirm pasti ramai yang sukakan Milo. Ingat masa zaman sekolah dulu Milo lori tu paling sedap. Sampai beratur 2x nak kan Milo segar tu. Tapi yang pelik bila buat sendiri tak jadi pun macam yang dekat lori tu. Aiyaa.. Tapi ada berita baru-II ni ada dengar yang Milo ada tiruan. Untuk pasti Milo tu tulen atau tidak, pastikan anda lihat pada bungkusan seperti gambar dibawah ni..


March 11, 2015

Bahaya Pendakap Gigi Palsu

Assalamualaikum dah hai semua!
Kini menjadi satu trend or fesyen pakai pendakap gigi or braces. Kalau dulu orang nak pakai braces sangat malu. Sampai tak nak cakap dengan orang dan nak jumpa orang pun takut. Yela benda tu nampak ganjil dan pelik. Tapi sekarang bukan lagi. Makin ramai yang pakai walaupun mereka tiada masalah gigi. Nak dapat braces pun sekarang dah murah dan senang. Diorang tak fikir yang murah ni lah yang datang bahaya pada kesihatan mereka. Janji nampak cantik. Mengikut apa yang Nina baca dalam myMetro (4/3/15) yang lalu ada menyebut pasal hal ini.
Dalam petikan tersebut ada menyatakan fakta dari pakar : 
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri S Subramaniam, trend memakai dan membeli pendakap gigi palsu dari pasaran gelap untuk digunakan pada gigi mereka akan mengundang risiko kesihatan.

"Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ia boleh dikatakan fesyen yang sangat membimbangkan," katanya.

Selain itu, terdapat juga laporan tentang risiko kematian yang dikaitkan dengan bahan berbahaya seperti plumbum dalam pendakap gigi palsu. Pengguna akan berisiko mendapat masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi berkalih, kehilangan gigi dan lain-lain.

"Walaupun reka bentuk dan warna yang menarik, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan. Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku", katanya.

Berita penuh boleh layari di sini.

Jadi kepada mereka, Nina sarankan janganlah terlalu terikut trend dan jika anda ada masalah gigi pergilah ke klinik gigi yang disahkan.

March 8, 2015

Jualan Murah di Jakel Mall

Assalamualaikum dan hai semua!
Jakel Mall di Jalan Munshi Abdullah berdekatan dengan Jalan TAR baru je +-10 hari buka plus tengah adakan jualan murah tau (SALE). Kalau ada rezeki korang adalah happy hour time tu. Hehe rezeki-II. Sale ni Nina tak tahu sampai bila tapi korang pergilah sekarang. Akak tu cakap ada sale raya..
Nak tahu pergilah ramai-II. Servis dia baik kot. Anda masuk je terus dia layan sampai habis beli. Memang dia follow je korang. So korang tak payah susah-II nak jerit panggil diorang :)

Tak ada gambar tadi ambil. So pakai cik Google jela :D

March 2, 2015

Warna Dress Menjadi 'Trending' Di Laman Sosial

Assalamualaikum dan hai semua!
Kalau korang perasaan baru-II ni ada dress yang menjadi trending di laman sosial dan ramai yang berdebat dengan warna apa yang mereka lihat. Hehe kelakar juga rasanya..
Setiap orang akan melihat dengan warna yang berbeza. So korang janganlah bergaduh plak ye. Karang masing-II bermasam muka :D

Kenapa? Ini jawapannya..

So, korang yang mana? Blue + black or White + gold?