Assalamualaikum dan hai semua!
TikTok buat hal lagi sebab ada je barang yang best dan banyak yang murah. Untuk kali ini, Nina nak share wireless earbuds yang murah. Bawah RM20 je guyss!! Betul.. Dia siap berkotak lagi tau..November 1, 2022
[Racun TikTok] Wireless Earbuds Pro 6
October 29, 2022
[Racun Tiktok] Customade Casing for Iphone 13 Pro
Assalamualaikum dan hai semua!
Sekarang ni menjadi tarikan shopping dekat Tiktok kan? Hehe memang best sebab banyak barang yang murah dan menarik. Nina pun teracun juga shopping tapi masih terkawal :D Haritu scroll nampak satu posting dari Blogger Ena. Dia share casing yang dia dapat hadiah dari kawan dia. Warna pink tu sangat cantik. Thanks Ena share info. Fikir punya fikir order jugalah untuk phone Nina. Nina memang tengah cari casing sebab haritu sebelum bersalin reward diri sendiri phone baru. Haha
October 10, 2022
Diari Mengandung Anak Kedua (Part III) | Bersalin Normal di Hospital Shah Alam, Selangor
Cerita sebelum boleh baca di entri lain:
PART I
PART II
October 9, 2022
Diari Mengandung Anak Kedua (Part II) | Scan Ultrasound di Vision Diagnostic Centre, Petaling Jaya
Facebook : https://www.facebook.com/SonoGalaxy/
Alamat : No. 127, Jalan SS 6/12, SS 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor
No tel : 016-62623800
Waze : Vision Diagnostic Sdn Bhd
September 22, 2022
Diari Mengandung Anak Kedua (Part I) | Awal Kehamilan
Assalamualaikum dan hai semua!ALHAMDULILLAH. I'M PREGNANT!
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan rezeki yang tak terhingga. Hehe macam tak percaya je. Untuk dijadikan cerita haritu Nina nak berhenti bekerja sebabnya dapat tawaran kerja baru tapi tak jadi. Ada isu sedikit dengan company tersebut dan rupanya dah pregnant masa itu. Jadi Nina kena withdraw surat resign tu. Haha memang kecohlah satu office kenapa tak jadi berhenti. Rezeki lain rupanya. Haha Alhamdulillah sangat :D
Nina buat ujian kehamilan sendiri dekat rumah dan Alhamdulillah double line. Terkejut juga dan terus pergi klinik untuk kepastian. Sampai ke klinik dia scan memang ada katung. Hehe masa ni kandungan dah 5 minggu. Doktor pun bagi folid acid sebagai vitamin.
Apakah Itu Asid Folik?
Asid folik merupakan bentuk sintetik bagi folate yang ditambah bagi memperkaya zat di dalam makanan seperti roti, bijirin dan pasta. Folate juga wujud secara semula jadi dalam makanan seperti di dalam kekacang dan sayuran hijau. Namun begitu, kandungan semulajadi folate di dalam makanan biasanya tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh terutamanya bagi wanita mengandung.
Asid folik adalah penting dalam penghasilan sel darah merah dan sel-sel lain di dalam tubuh seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan otak. Oleh itu ia amat penting bagi wanita hamil untuk pertumbuhan janin yang sihat dan sempurna serta kesihatan wanita itu sendiri.
Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly (kepala bayi kecil atau tiada kepala). Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk kehamilan harus mengambil suplemen asid folik sebanyak 400 mcg setiap hari bagi mengelakkan risiko kecacatan pada bayi ini. Sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan. Asid folik ini juga meningkatkan kesuburan wanita.
Asid folik memainkan peranan pencegahan dalam pelbagai keadaan seperti :
- Autism: Asid folik yang diambil sebelum dan pada awal kehamilan dapat mencegah kemungkinan autism pada bayi.
- Bibir dan lelangit rekah (cleft palate).
- Radang sendi seperti rheumatoid arthritis: Asid folik digunakan sebagai suplemen bagi penghidap radang sendi yang mengambil ubatan mengandungi steroid seperti methotrexate.
- Kehilangan penglihatan berkaitan dengan umur: Sesetengah kajian menunjukkan bahawa mengambil asid folik dengan vitamin lain termasuk vitamin B6 dan vitamin B12 mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia.
- Kemurungan: Penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil asid folik bersama-sama dengan antidepresan akan mengurangkan simptom kemurungan pada pesakit depresi.
- Tekanan darah tinggi: Penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil asid folik setiap hari sekurang-kurangnya 6 minggu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Asid folik juga disarankan baik untuk mencegah masalah gusi.
- Mengambil asid folik boleh mengurangkan gejala vitiligo atau sopak.
MONTHLY CHECK UP & MINUM AIR GULA (MGTT)
PART II
PART III