Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 31, 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

hai korang petang ni nina join segmen ni ha.
nak join, click aja banner super awesome dekat atas ni ye ^^

Nina blogger Pahang dan mempunyai 3293 followers :)

Merdeka Raya, SELAMAT HARI MERDEKA 55 TAHUN

hai hai korang. em ada yang tak tidur lagi tak? ok set, ada geng. hehe before tidur nina nak curi taip satu entry lah. ok hari ini umur negara kita sudah masuk 55 tahun. yeah, hari ini kemerdekaan telah diraihkan seluruh Malaysia dan jatuhnya pada hari raya pula tu. so great! hehe semua cuti kan termasuklah nina ni ha. petang tadi nina dah "home sweet home" dah. yahoo seronok! yang lagi seronok kita dah merdeka! Alhamdulillah.. kita patut bersyukur sebab kita warganegara Malaysia dan anak Malaysia. tak macam negara lain kan. 
ok lah tak nak cakap panjang, nina nak wish HAPPY NATIONAL DAY to everyone and selamat hari raya ^^v sebelum tu, jom kibarkan jalur gemilang sambil nyanyi lagu favourite nina nyanyian arwah Sudirman tu, 31 Ogos..

Tanggal 31..
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka...

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !! :) * tiba tiba teringat masa sekolah dulu setiap tahun mesti sambut. seronoknya :D ok lah selamat malam. tunggu esok pagi tengok orang menyambutnya.

August 29, 2012

Cantik Seseorang tu Berbeza dan Tak Sama

hey hey selamat petang semuanya. ok topik petang ni tentang kecantikan. ha sebut pasal kecantikan pasti ramai gadis gadis di sana nun, ha sengih sengih nampak? hehe pasti semua mahu dirinya kelihatan cantik dan ingin cantik tapi tak semua orang merasa begitu. ada yang berasa dirinya tak cantik, tak bertuah seperti orang lain dan ingin merasa seperti mereka. em anda silap kalau berfikiran begitu. sebab.. nak tahu sebab apa? semua orang cantik tapi cantik seseorang tu berbeza dan tak sama. ha macam tu lah title entry kali ini. hehe ececeh pandainya nina ni berfalsafah konon. macam lah tuan blog ni cantik sangat kan. yes betul kadang kadang nina agak cemburu lah bila tengok orang cantik, bergaya.. em tak macam nina. arghh perduli apa.. Tuhan dah menciptakan seseorang tu dah cukup sempurna dah. just think positive.. jangan merendah diri. anggap je mereka tu sama je. hehe just ingat satu benda je ni dan nina still pegang pada moto ni lah : 
" tak semestinya orang yang cantik or kira cukup pakej lah.. semuanya akan berjaya dan berada di atas je dan tak semestinya orang yang tak cantik, tak akan berjaya dan tak akan berada di atas. itu semua rezeki. berdoa jela " 
ye hari hari nina akan mengingat moto ni dan nina tak ada lah merasa terkilan sangat. haha maybe bagi pandangan kita lah kalau seseorang tu tak cantik tapi bagi sesetengah pandangan orang lain dia ada kecantikan yang berbeza. maybe dia tak cantik dari segi luaran tapi mereka lebih kepada kecantikan dalaman contohnya. ha hanya orang yang celik je akan nampak semua ni.
nina teringin juga cantik macam Taylor, my heart ni ha ke. haha *perasaan :P tak mungkin.. tapi nina bersyukur dengan diri ni ^^ btw sekarang ni bulan raya kan still ada mood raya lagi kan. pergi kelas pun macam tak bermaya je. haha padahal memang malas. aduhh :/ ok tak apa kena study lagi. nak habis dah pun. that's all jumpa lagi next entry :)

August 27, 2012

Beberapa Persoalan Mengenai Puasa Enam

em sekarang dalam bulan Syawal. cakap pasal bulan ni mesti orang akan cakap pasal puasa enam. nina tertarik satu info ni tentang puasa enam dan menjadi dilema sesetengah individu kan. nak tahu apa, jom baca di bawah ni.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري

Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.

Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

credit: soaljawab.wordpress.com

August 26, 2012

Tutorial Buat Rotate Menu Bar

hai korang hari ini dah syawal ke 8 kan. wah pejam celik pejam celik nak habis cuti dah nina ni ha. aduh! em kena balik KL isnin ni. so hari ini nina nak buat tutorial lah untuk menu bar. kalau korang letak cursor dekat manu bar tu nanti dia rotate. macam ni :
cantik bukan? nak try? owh sure lah.. :)

1. dashboard --> template--> edit HTML --> tick expand widget templates

2. tekan CTRL+F untuk search code ]]></b:skin>

3. jumpa? ok lepas tu korang copy code dekat bawah ni dan pastekan dekat ATAS code ]]></b:skin>
/* LIST #8 */
#list8 { }
#list8 ul { list-style:none;}
#list8 ul li { font-family:Georgia,serif,Times; font-size:18px;margin:1px; }
#list8 ul li a { display:block; width:80px; height:28px; background-color:#000000; border-right:10px solid #FFFFFF; padding-left:40px;
text-decoration:none; color:#FFFFFF; }
#list8 ul li a:hover { -moz-transform:rotate(-5deg); -moz-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
-webkit-transform:rotate(-5deg); -webkit-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
transform:rotate(-5deg); box-shadow:10px 10px 20px #000000; }

warna biru : background colour
warna purple : warna border
warna hijau : warna fonts

4. eh belum lagi siap, korang copy code dekat bawah ni dan pastekan dekat ATAS code </body> pula
<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; left:-40px;'>
<div id='list8'>
<ul>
<li><a href='URL BLOG KORANG'>Home</a></li>
<li><a href='URL/LINK KORANG'>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK KORANG'>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK KORANG'>Tajuk</a></li>
</ul>
</div>
</div>
5. preview and save :)

August 23, 2012

Peluang kepada BEKAS PLKN untuk menerima ELAUN

hai korang di hari yang mulia ini, nina nak post lah entry. bukan pasal raya tapi pasal elaun untuk bekas pelatih PLKN. ye nina tahu benda ni dah lama tapi nina nak post juga nak bagi info sebab info ini tak ramai yang tahu. bulan 6 yang lepas perkara ini dah dibangkitkan dan elaun tersebut sudah diluluskan.
bagaimana caranya?
anda perlu daftar sebagai Briged Sukarelawan Khidmat Negara dengan klik http://www.khidmatnegara.gov.my/
daftar di situ dengan isi form ye :)