Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

March 29, 2016

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

Assalamualaikum dan hai semua!
Jom korang join. Siapa tak kenalkan tuan blog ni. Hihi bertemakan kucing. Alooo comel betul banner dia :D
Klik banner untuk join


Giveaway by Xechalogy

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ni Nina nak support GA seorang blogger comel ni. Jom korang join!
Klik banner untuk join
Tag blogger

March 26, 2016

Design Watermark Online Business RA Shoppe

Assalamualaikum dan hai semua!
Sekarang watermark ni penting tak kira untuk peribadi atau bisneskan? Kalau tak ada nanti senang orang nak copy paste. Haha tak hairanlah sekarang semua gambar mesti ada watermark tak kiralah macam mana bentuk pun. Untuk bisnes online Nina ni pun baru buat watermark untuk sebarang gambar feedback atau gambar pelanggan tidak dijadikan orang lain punya feedback. 

Ok tak yaa? Komen please.. Hihi actually watermark ni senget sikit. Nak tempah, boleh PM page sahaja ye. Murah-murah je :)


Boleh layari INSTAGRAM @ra.shoppe untuk lebih lanjut.

March 25, 2016

Diskaun 50% untuk Langsai Pinjaman MARA

Assalamualaikum dan hai semua!
Berita ni pasti mengembirakan kepada penghutang pinjaman MARA. Ada diskaun 50% lagi tau untuk korang langsaikan baki hutang tu. Jom baca artikel ni :D
KELANA JAYA: Pelajar yang membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebelum tahun 2010, diberi diskaun 50 peratus untuk menyelesaikan baki pinjaman mereka. 
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tawaran sempena ulang tahun ke-50 MARA itu terbuka untuk tempoh setahun bermula dari hari ini. 
Beliau berkata, peminjam perlu menyelesaikan baki pinjaman semasa, sama ada menerusi permohonan pembiayaan persendirian untuk melangsaikan hutang mereka secara sekali gus bagi melayakkan pemberian diskaun berkenaan. 
"Ketika ini MARA hanya beri diskaun pembayaran balik kepada pelajar yang pernah membuat pinjaman dari tahun 2010 hingga sekarang. 
"Bagaimanapun, timbul rungutan daripada pelajar yang pernah membuat pinjaman melanjutkan pelajaran sebelum tahun 2010 kerana mereka tidak diberi faedah sama.
"Justeru, sempena ulang tahun MARA ke-50, kita beri diskaun 50 peratus kepada peminjam yang ingin melangsaikan hutang mereka secara sekali gus dan ia boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang," katanya pada sidang media selepas menghadiri forum Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA), di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Datuk Dr Dolbani Mijan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aimi Mohd Kassim dan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Sumber : BH Online

March 24, 2016

Movie Review | Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)

Assalmualaikum dan hai semua!
Tonton wayang lagi! Haha banyak cerita best di pawagam sekarang ni. Bulan 4 mungkin banyak lagi. Disebabkan hari ini merupakan hari pertama cerita ni release di pawagam. Siapa tak tahu cerita superhero ni kan. Hihi
 
Sinopsis :
Ia bercerita tentang keinginan manusia tentang pahlawan seperti apa yang mereka perlukan sebenarnya. Superhero mereka, Batman dan Superman sibuk berperang satu sama lain demi menunjukkan siapa yang layak menjadi hero. Selain itu, ada ancaman baru yang bangkit dan membahayakan manusia. Siapa yang dimaksud dengan "ancaman baru" itu? Adakah Lex Luthor, musuh utama Superman? Ingin tahu selanjutnya kena saksikan sendiri filem ni.

Review sendiri :
Agak best juga filem ni sebab gandingan 2 superhero. Part last tu ada Wonder Woman keluar, jadi ada 3 superhero lah. Hihi mula-mula kita tak berapa paham cerita dia. Bila dah tengah dah ok dah. Haha filem yang penuh dengan aksi yang mendebarkan dan apa yang Nina dapat dari filem ni jangan sekali bergaduh kerana dengar cerita dari satu pihak je. Siasat dulu dan jangan gaduh kerana ingin tunjuk siapa yang kuat. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.
★★★★

March 23, 2016

Movie Review | BoBoiBoy: The Movie

Assalamualaikum dan hai semua!
Lamanya tak review cerita best di pawagamkan? Almaklumlah Nina bukan kaki pawagam. Lebih suka tonton di rumah aje. Haha kali ni pergi tengok wayang cerita kartun. Budak-budak pasti suka. Yela selalu ada dekat tv. Tiap kali ada cerita ni pasti korang duduk depan tv kan? Mana taknya BoBoiBoy ni merupakan sebuah kartun hasil dari nak tempatan yang sangat kreatif dan kartun dia comel pula tu. Memang terbaik! :D
Sinopsis :
Sekumpulan pemburu harta bernama The Tengkotak telah tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakan dia untuk mencari "Sfera Kuasa" yang bersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan rakan-rakan beliau kini perlu menyelamatkan Ochobot dan mendedahkan rahsia di sebalik "Sfera Kuasa". Perjalanan mereka akan membawa mereka pada pengembaraan yang penuh dengan aksi dan komedi.

Review sendiri :
Best giler kot cerita ni. Banyak pengajaran dapat kita belajari dari BoBoiBoy ni seperti semangat setia kawan yang ditunjukkan sepanjang movie ni. Selain aksi yang mendebarkan dan ada rahsia di sebalik cerita ni? Apa dia.. Korang kena tengok sendirilah. Hihi klu dia upgrade! BoBoiBoy ni merupakan sebuah filem yang tidak mengecewakan. Hasil kerja yang sangat baik. Kartun dia pun comel. Memang terbaik! Tak tahu nak cakap apa sebab best sangattt!
★★★★★

March 21, 2016

Contoh Soalan Temuduga Kerja dan Jawapan (English Version)

Assalamualaikum dan hai semua!
Malam ni nak share satu koleksi soalan yang selalu ditanya bila ditemuduga kerja. Disebabkan Nina pun tengah nak cari kerja, tak salah kita kongsi sedikit info yang berguna dan manfaat pada kita. InsyaAllah :)

Konsep Kedai Buku yang Santai | Sinaran The Book Garden Senawang, Seremban

Assalamualaikum dan hai semua!
Nina nak review kedai buku yang sangat santai dan berkonsepkan dalam taman. Memang kedai buku ini tidak seperti yang Nina pernah pergi. Memang seronok, kemas, tersusun dan santai. Diselitkan sedikit konsep dalam taman yang boleh kita merasakan selesa sambil membeli buku. Kedai buku ini juga baru dibuka dan merupakan branch di Senawang.


Tengok depan kedai pun dah teruja nak masuk. Haha harga barang di kedai ini juga murah dan harga mampu milik. Nampak kedai macam eksklusif dan mahal tapi tak pun. Hihi memang ok je harga dia. Kedai buku ini juga disediakan cafe di hadapan kedai. Boleh cuba okayy!
Ni keadaan kedai dari pandangan atas. Kedai buku ni ada 2 tingkat tau. Kemaskan? Hihi tu seronok je masuk dan nak beli apa-apa. Tempat paling favourite mestilah novel. Haha rambang tengok.
Jom dapatkan alat tulis atau barang lain di alamat:
Sinaran The Book Garden, Senawang
No. 34-37, Jalan Bandar Senawang 4,
Pusat Bandar Senawang,
70450 Senawang,
Seremban.

Tempahan Design Blog Keladi Ubi

Assalamualaikum dan hai semua!
Tempahan kali ini bertemakan hitam gold. Ia lebih nampak klasik dan elegan. Apa yang bagus beliau bagi details yang beliau inginkan. Alhamdulillah siap dah blog dia. Hihi terima kasih! Korang boleh singgah blog dia okayy :)
Dan watermark untuk blog ni pun tuan blog ni nak warna gold.

NAMA : KELADI UBI
PAKEJ : PAKEJ 1 FULL
THEME : BLACK GOLD (LIFESTYLE)
TEMPOH SIAP : +/- TIGA HARI
BERMINAT : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

Pilihan Menu Makanan Western di Seremban | Mr Steak House Senawang

Assalamualaikum dan hai semua!

Food review : MJ Steak House, Senawang | Restoran yang memang dari jauh menarik perhatian dan cantik sangat decoration dia. Kayu kayan. Hihi beberapa hari yang lalu singgah sekejap. Cari-cari kedai makan yang cantik dan sedap. Jumpa juga yang ni.

Ni adalah menu di restoran ni. Hihi lebih kepada western food yang disediakan oleh Mr Steak House. Warga Senawang dan Seremban boleh cuba makanan disini. 

Nina cuba fish & chips ni. Ikan dia lembut je. Mayonis dia tu sedap! Tak masam sangat pun. Sedap! Hihi harga disini pun berpatutan tau. Tak mahal sangat. Standard hargalah :D
Jom bawa keluarga korang makan di restoran ini di alamat:
No. 51, Jalan Bandar Senawang 4, 
Pusat Bandar Senawang,
70450 Senawang
(depan Balai Bomba Senawang)

Dibuka setiap hari 
(12 tengah hari - 12 malam)
Call - 0122819780

Servis Diorang ni Ok Ke?? | Ayam Penyet Palm Mall

Assalamualaikum dan hai semua!

Food Review : Ayam Penyet - AP, Palm Mall Seremban | Minggu lepas kami sekeluarga pergi jalan di Palm Mall Seremban. Orang Seremban mesti tahukan area dia dimana. Dia betul depan hospital KPJ Seremban. Memang sunyi sikit mall tu kalau bukan musim dia. Pernah makan tak kat Restoran Ayam Penyet? Apa pendapat korang servis dia? Pertama kali, jangan kecam saya dan ampun maaf ye. Ni pendapat sebagai pengguna dan harus ditegur.

Apa yang ingin ditegur servis yang disediakan oleh Ayam Penyet ni. Masuk kedai je memang tak ada orang langsung terutama di kaunter dan di bahagian depan. Mana diorang pergi? Selama 15 minit kami duduk saja tunggu pelayan ambil order kami. Sampai mak Nina sendiri pergi ke bahagian dapur sebab dah lama tunggukan. Barulah pekerja Ayam Penyet tu cari pekerja yang jaga kaunter. Rupanya ada dalam surau. Buat apa tu? Agak-agak korang? Tidur? Dengan mamai je baru datang ambil order kami. Muka masing-masing tak puas hati. Barulah sorang-sorang keluar tunjuk muka. Dari sorang jadi 3 orang pekerja. Laa ramai je pekerja dia. Aiyooo! Pemalas. Waktu kerja atau ada pelanggan sempat nak online dan main wifi. 
Makanan semua sedap. Kami pilih set keli penyet sekali dengan air (teh o ais). Rangup je.

Decoration kedai pun cun je. Memang cantik. Kami puas hati tapi itulah servis yang tidak memuaskan hati. Masa buat bayaran sempat jugalah Nina selak buku testimoni dan banyak sangat orang compliant tentang servis diorang ni. Ingatkan kami je! Complaint yang sama pula tu.
Lagi satu tandas. Ya Allah kotor. Dengan pampers bersepah tak buang. Diorang nak bersihkan lagilah. Tak tahu nak cakap apa. Banyak gambar tapi tunjuk satu jela. Karang geli pula :/
Maaf kalau teguran ni menguris hati sesiapa secara langsung dan tidak langsung. Semoga sama-sama perbaiki dimasa hadapan.

March 20, 2016

Tempahan Design & Printing Untuk Majlis Perkahwinan Tina

Assalamualaikum dan hai semua!
Untuk pertama kalinya saya cuba design dan printing untuk perkahwinan orang iaitu design kad kahwin. props dan label meja. Alhamdulillah selesai juga.

1) KAD KAHWIN

Ini dia designnya. Jangan kecam saya okay! Haha saya budak baru belajar. Jangan cuba tiru or copy my design yaa! Penat saya perah keringat buat tau.
Alhamdulillah kadnya siap juga dan sedia untuk diedar kepada saura-mara dan rakan taulan. Tahniah dari kami ye!
NAMA : NUR FATINAH
PAKEJ : DESIGN DAN PRINTING KAD
KUANTITI : 160 PCS
HARGA : RM xxx
MATERIAL : CRAFT PAPER
CETAKAN : BLACK ONLY BOTH SIDE
SAIZ : 22.8cm x 10cm
SAMPUL : WHITE / LIGHT BROWN
PERTANYAAN : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

2) WEDDING PHOTOBOOTH PROPS

Untuk menceriakan majlis tu nanti tak lengkap rasanya tak ada props kan? Hihi ni design saya buat dengan kertas keras je bagi sokong props ni. Kalau nak keras lagi saya akan cari board/material yang keras lagilah ;)

PAKEJ : DESIGN + PRINTING (SET A)
KUANTITI : 20 PCS + FREE 2 PCS
PERTANYAAN : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

3) TABLE LABEL

Untuk label meja ni khas untuk tempat makanlah. Bagi menyerikan lagi dekat meja makan tu nanti. Taklah boringkan. Hehe ni designnya. Simple je kan.

Bila diletak di frame tu barulah cantik macam bawah ni. Frame tidak termasuk dalam pakej ye. Frame ni boleh didapati di IKEA atau kedai yang jual cenderahati/hadiah :)

PAKEJ : DESIGN + PRINTING SET A
KUANTITI : 10 PCS + FREE 2 PCS
PERTANYAAN : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA

Itulah dia beberapa design dan printing saya untuk majlis perkahwinan. Ok tak? Komen baik-baik je yee. Terima kasih :)

March 5, 2016

Dugaan Solat Jemaah di Bahagian Perempuan

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini nak cerita kes pasal sembahyang di bahagian perempuan. Rasanya majoriti semua perempuan akan rasai sendiri pengalaman macam ni. Haha memang selalu kot :D
1. BACA KUAT
Lain macam bisik dia. Sampai aku pulak yang tersasul nak baca apa.
2. STOKIN ORANG DEPAN BERBAU
Hmm..Yang ni paling mencabar time sujud la.
3. TERMASUK BAHAGIAN LELAKI
Ni kalau solat saf depan. Nanti tirai terangkat bila kena tiup angin, jatuh atas kepala kau. Bangun2 je dari sujud, kau dah termasuk bahagian lelaki sebab tirai dah kebelakang. Orang kuat je boleh khusyuk sambil cover malu. Tambah-tambah bila ada orang lelaki yang baru masuk surau tengok kau je sorang perempuan tercongok bahagian diorang.
4. ORANG SEBELAH DUDUK ATAS TELEKUNG
Kau semangat nak bangun rakaat ke-3, orang sebelah tahiyyat lagi, duduk atas telekung kau. Kalau tak tertarik sampai telekung tercabut tak apa la. Ni sampai terdedah setengah kepala. Sadis.
Nina selalu kena no 1, 3 dan 4. Haha no 1 tu biasa orang baca kuatkan sampai dengar satu-satu bacaan dia dan boleh mengganggu sembahyang kita. Kan dah tersasul. Part no 3 tu pula pernah kena masa zaman duduk asrama dulu, selalu sembahyang jemaah dekat masjid asrama. Haha memang malu gilerr! Lagi-lagi bila lelaki tengok dan nampak kepala kita. Haha cepat-cepat alihkan tirai atas kepala tu. Haha no 4 ni pun lagi selalu kena bila saf rapat sangat dan berangin sampai telekung boleh terbang. Pastu orang sebelah korang lambat bangun jadi bila kita nak bangun telekung tindih bawah telekung orang sebelah. Arghhh sampai tersenget telekung kita. Haha kelakarlah. Korang macam mana pula? :D

March 3, 2016

Tempahan Design Blog NIMS

Assalamualaikum dan hai semua!
Tempahan kali ini dari kawan Nina sendiri. Alhamdulillah siap dah blog dia. Yeahhh! Lega sebab segala permintaan dari tuan blog ni sudah dilaksanakan dan dia nakkan yang simple je. Hihi terima kasih yaaa Zati! Korang boleh singgah blog dia okayy :)
NAMA : IZZATI SALLEH
PAKEJ : PAKEJ 2 MEDIUM
THEME : BLACK WHITE
TEMPOH SIAP : SEHARI
BERMINAT : PM DI PAGE SEHIJAU BLOG RA
Ni feedback dari tuan blog ni. Hehe suka sgt dia dapat blog yang cantik dan cun. Happy dan puas hati. Alhamdulillah sangat :)