Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 15, 2016

Pembaharuan Domain Blog untuk Tahun Ke-2

Assalamualaikum dan hai!
Image result for cake 2th green
Alhamdulillah selamat sudah pembaharuan domain untuk tahun ke 2. Wah dah 2 tahun pakai domain naniena.com. Kenapa yee pilih nama tu? Hehe sebab nama Nina sendiri dah panjang. Jadi, panjang pulak domain nanti. Susah orang nak ingat. Hehe nama naniena tu memang dah lama pakai. Dari diploma lagi dapat nama tu :D

"Best ke pakai domain?"
"Best jugak :D"

Apa istimewa sangat domain ni? Ok jom baca sikit info dari Blogger Cik Tom ni mengenai domain berbayar ni :)

1) Kita mempunyai hak penuh ke atas web/blog kita. Dari pembacaan blog sebelum ni, pernah terjadi kepada blog Dr. Mahathir yang mempunyai trafik yang hebat tiba2 problem dan hilang begitu sahaja kerana di tarik balik oleh blogspot. (sori kalau salah info). Tapi yela barang orang bagi free. Bila2 masa boleh amik balik. Buruk siku! hehe…

2) Nama domain yang lebih mudah diingati kerana nama domain berbayar lebih pendek. Contohnya di bawah, yang mana lagi mudah diingati?? Apabila domain itu lagi mudah diingati akan memberi peluang untuk korang kembali berkunjung lagi.

Contohnya;
domain berbayar: www.ciktom.com
domain percuma: ciktom.blogspot.com

3) Domain berbayar lebih dipercayai dan lebih selamat. Kerana domain berbayar ni memerlukan maklumat yang lagi detail manakala yang percuma ni boleh buat banyak mana nak.

4) Blog yang menggunakan domain berbayar jugak menjadikan blog lagi mesra SEO. SEO tue enjin carian di blog. Memang banyak perubahan drastik dari segi keyword yang masuk ke blog cik tom compare dengan sebelum berdomain.

5) Domain berbayar menunjukkan yang kita memang serius untuk menceburi dalam bidang blog.

6) Syarikat pengiklanan lebih yakin untuk mengiklan iklan diorang di blog yang domain berbayar.

Betul tak guyss? Haa that's why Nina pakai domain berbayar ni. Hehe kalau korang tak tahu nak beli dekat mana domain ni? Nina suggest dari Denai Network ni. Murah pun murah dan sangat senang berurusan dengan admin Denai ni tau. Sepanjang 3 tahun ni masih guna servis diorang. Sebab apa? Sebab korang buat tempahan domain melalui website diorang je. Lepas tu, buat bayaran sahaja. Selain itu, diorang punya kerja. Korang hanya goyang kaki dan tunggu domain korang siap je. Cepat servis diorang tau! Kalau korang tak ingat bila expired domain korang tu, jangan risau! Diorang akan sentiasa update dekat email yang domain korang tu nak expired. Masa tu, korang pi lah buat pembayaran cepat. Hehe boleh hubungi dorang seperti di bawah ye :

Nama : Denai Network
Email : info@saleiz.com