Assalamualaikum dan hai semua!
Ada yang confius apa itu sijil, diploma, ijazah, sarjana dan PHD. Disini nak beritahu ye pada adik-II yang tak paham dan pening mana nak pergi setelah habis belajarkan. Disini ada 5 penting peringkat kelulusan dalam belajar.
1) SIJIL
Ini merupakan peringkat pertama dalam peringkat kelulusan. Jika result SPM tidak cemerlang tak apa jangan risau. Start dengan peringkat Sijil ni. Kalau korang nak tahu dia itu sijil or tidak, selalunya program tersebut dimulai dengan Sijil Kejuruteraan or sebagainya. Tempoh pengajian lebih kurang 2 tahun atau mengikut program di tempat pengajian.
2) Diploma
Peringkat ini kebiasaan juga diambil oleh pelajar lepasan SPM macam Nina juga start dengan Diploma Perakaunan. Peringkat Diploma ini merupakan peringkat separa professional. Dari Sijil boleh melangkah ke Diploma pula. Tempoh pengajian adalah 3 tahun dan bayarannya mengikut tempat pengajian.
3) Ijazah (Ijazah Sarjana Muda)
Selepas Diploma, Nina menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pula. Peringkat ini merupakan peringkat professional dan tempoh pengajian lebih kurang 3-5 tahun bergantung pada program yang diambil. Jika pelajar dari Diploma menyambung Degree dalam program yang sama, tempoh pengajian mereka akan berkurang dari 4 tahun jadi 3 tahun sahaja.
4) Master (Ijazah Sarjana)
Peringkat ini merupakan peringkat yang mencabar dan agak sukar sebenarnya. Haha ia melibatkan lanjutan pembelajaran dari program Degree tadi. Tempoh pengajian lebih kurang 2-3 tahun bergantung kepada program yang diambil dan mereka yang ambil Master ada yang full time or part time (PJJ - Program Jarak Jauh).
5) PHD (Doktor Falsafah)
Peringkat akhir pengajian ialah PHD. Kebanyakkan mereka yang dah PHD akan dapat gelaran doktor. Hehe tapi doktor falsafah jela ek. Bukan doktor yang kat klinik or hospital tu. Peringkat ini lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.
So, paham? Agak-II korang sampai mana ye? :D
*
credit
*re-edit by me