Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 9, 2017

Menang Dari Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah

Assalamualaikum dan hai semua!
Baru kesempatan nak update blog ni sebab lately sangat sibuk dengan kerja. Kemalasan nak update blog tu tahap yang teruk sangat. Haha hari minggu je manjakan sikit dengan lappy ni :D

Baru ini Nina ada join satu giveaway ni. Nina salah seorang pemenang Giveaway Birthday Tuan Dan Blog Anugerah Terindah. Alhamdulillah tak sangka dapat jadi yang bertuah. Thanks MD. Tahniah juga pemenang yang lain!
Tengok cabutan dari tuan punya blog yang anjurkan giveaway ni. Nina pemenang keychain name tu. Hehe suka giler! Nak tengok hadiah Nina dapat tak? Cantik tau. Nina memang suka benda macam tu. Memang nice lah :)

Inilah rupa keychain tu. Haha Nina minta lain tapi maybe sebab tak ada stok kot tu dapat apa yang ada je tapi lawa lah. Dapat pair dengan si Dia. Thanks! :D

December 2, 2017

6 Sebab Anda Mesti Mengubahsuai Rumah Anda

Assalamualaikum dan hai semua!

Ini adalah advertorial mengenai pengubahsuaian rumah anda. Keadaan sesebuah rumah merupakan imbasan siapa pemiliknya. Kita menghiasnya dengan sesuatu yang dekat dengan hati kita. Ada masanya kita mengubah keadaan di dalamnya kerana ada perkara yang ingin kita lupakan. Mungkin juga kita bosan dan mahukan hidup yang baru. Tidak mustahil jika jawatan baru yang kita perolehi itu membuatkan kita mahu menjadikan rumah kita tampak lebih berkuasa. Di sini, kami buka pandangan yang lebih luas mengapa anda mesti mengubahsuai rumah atau home renovation.

1. Potensi jualan
Anda mungkin sedang berfikir untuk mendapatkan rumah yang lebih baik selepas menjual rumah anda. Jadi, untuk menambah dan meningkatkan potensi jualan rumah anda kepada para penyewa dan pembeli,home renovation memainkan peranan yang amat penting.

Mengecat rumah merupakan antara salah satu kos yang rendah untuk menyegarkan dan meningkatkan daya tarikan rumah anda. Selain itu, anda juga boleh membersihkan bidai dan gantikan bumbung serta membuat pengubuahsuaian lanskap yang ringkas untuk menyumbang kepada nilai rumah.

2. Persediaan Persaraan


Untuk memastikan rumah kita lebih sesuai apabila kita berusia nanti, home renovation amat penting untuk mengubahsuai rumah berdasarkan keperluan kita.

Sebagai contoh, anda mungkin berasa lebih selesa bermandi di dalam tub mandi sekarang, tetapi kelama-lamaan, bilik mandi walk-in yang lengkap dengan air pancuran siap dengan pemegang akan menjadi lebih pratikal dan berguna pada masa yang akan datang. Seperti bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

3. Amalan HijauSumber: http://reco.mn/TCAKzv

Tidak kira sama ada kabinet, lantai atau bahan bumbung, mengubah suai rumah anda ke rumah hijau akan menjimatkan bil elektrik anda dalam jangka masa yang panjang. 

Misalnya, anda boleh menggantikan tingkap lama anda dengan model yang cekap tenaga. Bukan sahaja ia akan melindungi anda daripada haba, tetapi ia juga akan menjimatkan anda daripada menggunakan peralatan elektrik seperti penghawa dingin dan kipas siling.

Anda juga boleh menggantikan rumah anda dengan bahan binaan lestari yang mesra alam seperti plastik dan kayu yang telah ditebus guna. Bahan binaan lestari bukan sahaja mengeluarkan pelepasan karbon yang sikit, tetapi ia juga tahan lebih lama dan kelihatan lebih estetik.

4. Rumahku Syurgaku
Sumber: http://reco.mn/xhseOY

Orang kata pikat suami dengan perutnya. Tapi, bukan suami sahaja yang terpikat. Anak-anak tak pernah lupa air tangan ibunya. Ada saudara-mara dan rakan-rakan yang rindukan masakan anda juga. 

Tentu menarik jika dapur eksperimentasi resepi anda yang sudah lama digantikan dengan yang baharu. Peti sejuk yang lama mungkin juga tidak mampu lagi menampung isi yang semakin bertambah. 

Anda sudah bosan dengan bahagian atas kaunter anda? Kenapa tidak mengubahnya sekarang? Orang lain mungkin tak peduli, tapi anda yang berada di dapur pasti akan berasa lebih gembira. Kalau anda pasang kabinet yang lebih praktikal dan tersusun pula, sudah tentu ia memudahkan anda semasa memasak untuk insan tersayang.

5. Biasakan Yang Betul
Sumber: https://goo.gl/wptmjW

Mungkin anda tidak mahu mengubahsuai rumah kerana semuanya berfungsi dengan baik. Tapi, ini tidak bermakna anda tidak perlukan yang baru. Tidak salah mendapatkan sistem paip yang sudah lama atau menggantikan cermin yang membosankan dengan cermin berbingkai yang lebih menyerlahkan ruang kediaman anda. Cahaya juga sangat penting. Ia bukan sahaja diperlukan untuk menerangi setiap ruang, ia juga mencantikkan ruang. 

Jika mahu tukar kabinet, cuba idea kabinet built-in. Selain daripada menjadikan ruang lebih berudara dan bersepadu, ia juga menyediakan lebih banyak tempat simpanan dan boleh disesuaikan mengikut citarasa anda.

6. Menjimatkan anda daripada membeli rumah baruSumber: https://goo.gl/AgFaec

Proses mencari rumah yang baru amat meletihkan dan memakan masa. Di samping itu, anda juga perlu membelanjakan wang yang lebih banyak untuk membeli rumah yang baru. Masa dan tenaga yang digunakan itu lebih menguntungkan jika dilaburkan untuk menaiktaraf ruang kediaman anda melalui home renovation.

Mengupah professional yang disyorkan

Ingin mengubahsuai rumah anda? Dapatkan projek-projek anda dilakukan oleh kontraktor pengubahsuaian profesional di recommmend.my. Rujuk kepada senarai kontraktor pengubahsuaian tempatan dan dapatkan sebut harga mengikut keperluan anda. Upahlah kontraktor pengubahsuaian sekarang!