Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 31, 2015

Peperiksaan Sem Terakhir Bakal Bermula

Assalamualaikum dan hai semua!
Pejam celik pejam celik dah 3 tahun belajar degree ni. Cepat betul masa berlalu. Haha Alhamdulillah syukur. Bohonglah kalau tak dikatakan tak ada dugaan sepanjang bertahun ni. Adat dan lumrah kehidupan setiap itu ada likunya sendiri. Terserah kepada setiap orang nak tanganinya bagaimana. Jangan mengeluh. Selagi kita melangkah, selagi itu ada harapan. Betul tak? Hehe
Peperiksaan hampir bermula pada 2hb Januari ni untuk subjek pertama. Alamak takutnya. Korang doakan ye! Maafkan salah silap sepanjang update entry di blog ini dan bagi yang mengenali ampun nak maaf jika tersalah bahasa, perbuatan dan tingkah laku. Selamat berjaya korang! :)

December 24, 2015

End of Month Flash Sale 3.0 - RA Enterprise

Assalamualaikum dan hai semua!
Siapa suka SALE? Confirm ramai yang suka kan? Kami RA Enterprise dah ada sale hujung bulan ni. Bagi peminat skirt, untuk sebarang pembelian boleh layari instagram kami >>


Semua details boleh layari instagram kami ye. Skirt kami yang paling terbaik yang kami jual. Sebab kami hanya jual SKIRT YANG TIDAK JARANG, TIDAK PANAS, DAN CIRIKAN MUSLIMAH (patuh syariah). Material kami adalah POLYSTER + FULL LINING. Sangat cantik! Paling best saiz muat sampai saiz XXL. Boleh baca feedback cutomers kami ye :)

December 20, 2015

Study Week

Assalamualaikum dan hai semua!
Hari ini tak tahu rasa macam stress. Pagi tadi tengok followers makin kurangkan. 200+ kot hilang. Malas nak fikir pasal tu. Ni nak cakap pasal 'study week'. Kalau di Universiti setiap kali nak 'final exam' mesti ada minggu untuk mentelaah. Masa ni lah korang nak baca, menghafal dan buat segala latihan untuk persediaan menjawab masa peperiksaan nanti. 
Dan yang paling sedih, 'final exam' ni yang terakhir. Lepas tu habis dah degree :( Mesti rindu zaman belajar ni. Apa pun doakan kami berjaya ye. Nina pun nak minta maaf kalau segala entry atau salah laku yang tidak disengajakan. Maaf ye :) Pada yang exam juga, goodluck tau!

December 11, 2015

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.
Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

Tag : Syira Lokman

December 9, 2015

25 : Wordless Wednesday | Musim Kenduri Kahwin

WORDLESS WEDNESDAY | Bulan Disember paling banyak kenduri kan. Meh layan video ni yg jadi viral di FB. Setuju tak? Haha :D
SELAMAT PENGANTIN BARU PADA KAWAN YANG JEMPUT DATANG TAPI TAK DAPAT DATANG SEBAB ADA KELAS SABTU. TAHNIAH!

December 6, 2015

Permohonan & Kemaskini BRIM 2016

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya ramai yang tahu permohonan baru atau kemaskini maklumat BRIM 5.0 sudah dibuka untuk semua dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2015. Anda boleh lihat gambar dibawah ini sebagai rujukan anda. 
BR1M 2016

Anda boleh pergi link dibawah ini untuk permohonan atau kemaskini melalui 2 cara iaitu :
  1. Secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/.
  2. Secara offline/manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 (borang BK-01 [1/2016]) yang boleh dimuat turun di sini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh pembayaran bermula
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan
(e-Kasih )
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
28 Januari 2016RM350RM300RM250RM400
Mei 2016RM350RM350RM250---
September 2016RM350RM350RM300---
JumlahRM1050RM1000RM800RM400

December 3, 2015

Pelajar Akhir Tahun Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

Assalamualaikum dan hai semua!
Sedar tak sedar nak penghujung tahunkan. Haha belajar pun dah habis dah ni. Alhamdulillah. Lagi sebulan je lagi. Mohon bersabar ye. Takku sangka 3 tahun degree ni dapat juga harungi walaupun payah. Haha dulu masih ingat orang selalu cakap-cakap.
"Kenapa future study akaun ni?"
"Susahkan?"
"Boleh ke bawak?"
"Ada ke kerja kalau ambil akaun ni?"
Bla bla blaa..
Aduhai dengar diorang cakap je rasa tertekan juga. Tapi dah mulut orangkan. Nak buat macam mana. Dah terbukti selama 3 tahun ni Nina boleh buat. Boleh je bukan tak boleh pun. Cik kak, cik adik.. belajar mana pun semua ada susahnya. Bukannya semua senang. Cara kita je menyusahkan sesuatu. Usahalah kak oii kalau tak nak susah. Dan pasal kerja. Akaun semua syarikat ada. Akaunlah paling orang nak ye. Jangan risau pasal rezeki pun Dia dah bagi termentang luas. Cuba kita je usaha cari. Akauntan juga salah satu 5 kerja profesional.

Buat apa dengar cakap orang. Kalau itu tak boleh ini tak boleh sampai bila nak berjayanya. Sampai bila nak kedepan? Yaa ada benda boleh kita dengar tapi pandai-pandailah.

Sepanjang belajar degree ni alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Pensyarah dan environment juga memberi kerjasama. Setakat ni ada juga menanya mengenai future study akaun di UniKL ni dan alhamdullilah mereka dah dapat motivasi untuk study akaun. Welcome adik-adik to study at UniKL. Ada yang masih ragu-ragu dan mahu menanya mengenai akaun atau UniKL ni? Boleh je PM okay!
Bulan satu ni juga merupakan peperiksaan terakhir Nina nak juga menjadi pelajar di UniKL. Sibuk dah ni cari kerja. Pasti rindu zaman belajar. Masa praktikal hari pun boleh teringat nak masuk belajar lagi, ni kan dah mula kerja nanti. Real life is very scary! :D Maafkan segala salah silap dan doakan yang terbaik ye! Aminn..