Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 22, 2015

RA Enterprise di Havoc 2.0 @ Gurney Mall (New Campus UniKL Ubis)

Assalamualaikum dan hai semua!
Semalam (21/11) ialah bisnes aktiviti yang kedua dan merupakan event kolej sendiri. Sempena kampus baru dibuka pelbagai aktiviti dijalankan disitu bagi memperkenalkan kampus baru untuk pelajar, staff dan juga orang ramai. Terdapat banyak aktiviti dijalankan sepanjang program itu berlaku seperti jualan (booth/carboot), aktiviti pelajar seperti presentation, perbentangan business plan, busking, pihak bomba juga membuat demostrasi pembakaran dan sebagainya. Cuaca pun agak panas.
Alhamdulillah lagi sekali Nina membawa nama syarikat untuk menyertai program tersebut. Disana kami menyertai carbooth sale dan menjual popcorn, pelbagai skirt, jeli kelapa dan kuih tiram. Murah je kami jual. Skirt hanya RM46 (Online RM50), popcorn RM9, kuih tiram RM2 dan jeli kelapa hanya RM1 sahaja. Harga mampu milik :)

        
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Terima kasih untuk semua yg terlibat termasuk pengurusan, kakak yang tolong sepanjang program tu, si dia yang sudi penuhkan stok popcorn dan pelanggan yang turut support dengan pembelian popcorn dan kuih tiram. Terima kasih juga dengan feedback yang positif. Alhamdulillah. 

Boleh layari instagram kami untuk cuci mata 

3 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.