Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 24, 2015

Info Terbaru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): Kemaskini Akaun Anda Sebelum 30 November

Assalamualaikum dan hai semua!
spa
Ini adalah info terbaru dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah dimaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  2. Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk makluman juga, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (1) hingga (3). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA.

2 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.