Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 7, 2015

Burger Yang Sedap Dari Resepi Pelawak Terkenal Malaysia | Burgerbyte Sentul

Assalamualaikum dan hai semua!
Food Review : Burgerbyte Sentul, Kuala Lumpur | Siapa tak kenal pelawak di Malaysia, Zizan Razak punya bisneskan. Hehe kedai dia cantik. Memang pandai admin diorang kedai yang cantik dan dapat menarik pelanggan untuk singgah dan cuba resepi Burgerbyte ni. Syabas! Orang Melayu punyakan kita kena sentiasa support lah. Dah nama Burgerbyte, jadi menu utama mereka sudah semestinya burger. Bagi mereka yang suka makanan western, Nina recommend korang untuk cuba pelbagai menu yang disediakan oleh Burgerbyte ni. Memang peninglah nak pilih. Antara menu yang kami pilih adalah seperti gambar bawah ni :D

Menu ini merupakan pertama kali Nina singgah dan cuba makan makanan disini. Ya Allah terliur tengok kan. Hihi sedapnyeee! 
Manakala, yang ni merupakan menu untuk kali kedua singgah makan sini. Hehe Burgerbyte juga menyediakan servis untuk booking atau reservation untuk sebarang majlis. Hanya telefon mereka dan diorang decolah seperti apa yang korang nak seperti majlis hari jadi ke atau sebagainya.

Korang yang berdekatan dan nak rasa sendiri boleh singgah kedai diorang ni :
 832, Jalan Taman Dato Senu, 
Sentul Garden,
51000 Kuala Lumpur


Review: Secara keseluruhan kira oklah. Deco kedai sangat cantik. Memang sesuai untuk sebarang event. Kali pertama teruja nak makan. Sedap! Haha bila kali kedua kecewa sikit tapi tak apa. Boleh tahan rasa dia. Teruskan usaha untuk meningkatkan mutu kualiti makanan ye! Dari segi kebersihan memang tak ada masalah sebab memang bersih je kedai diorang. Jadi kita lebih selesa berada di kedai ni sambil menikmati menu kita. Staf semua ok. Ramah dan mesra. Servis cepat dan terbaikk! Tak rugi pun korang pergi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.