Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

August 31, 2015

Hari Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum dan hai semua!
Alhamdullillah negara kita yang tercinta sudah menyambut 58 tahun kemerdekaan! Kita patut bersyukur kita dapat duduk di negara kita yang aman damai, makmur dan sejahtera. Berbezanya tahun ini, sambutan kemerdekaan menggunakan ungkapan Hari Kemerdekaan 2015 yang lazimnya menggunakan ungkapan "Hari Kemerdekaan ke-58" untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 - Sehati Sejiwa
Setiap tahun pasti ada temanya bagi meriahkan sambutan kemerdekaan. Untuk tema tahun ni adalah Sehati Sejiwa yang bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan juga bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.

Logo Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015
Logo Merdeka 2015


Google pun sambut merdeka juga! Comel je dengan teh tariknya :D

4 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.