Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

July 8, 2019

Movie Review/Premiere Screening | Spiderman Far From Home

Assalamualaikium dan hai semua!
Lambat update untuk entri kali ini sebab busy dengan nak pergi holiday lagi. Haha padat masa. Nina dan husband pergi tengok wayang dengan tiket premier ni 2 July yang lalu. Alhamdulillah dapat lagi. Rasanya ramai dah tengok movie ni tapi tak apalah review jela :D
Sinopsis:
Tak lama setelah peristiwa Avengers: Endgame, Peter Parker, yang bersedih atas kematian mentornya Tony Stark, melakukan school trip ke Eropah dengan rakan sekelasnya. Saat mereka disana, ia diminta oleh Nick Fury untuk bekerjasama dengan Quentin Beck, juga dikenal sebagai Mysterio, seorang ahli tipu daya dan ilusi untuk melawan Elementals.
Review sendiri :
Cerita ni pada Nina agak menarik dan best jugalah. Ada part yang kelakar dimana dia berlawan dengan Elementals tu dengan gaya Thor dengan Capten Amerika. Hehe dalam movie ni dia menyukai seorang wanita bernama MJ. Bermacam cara dia nak menarik perhatian MJ. Nick Fury mengatur segala perancangan untuk Spiderman dengan rakannya sewaktu school trip dan dalam masa sama Nick Fury memberi hadiah pemberian Tony kepada Spiderman. Dia tidak menyangka cermin tersebut bukan sekadar cermin mata sahaja tetapi mempunyai kuasa. Dia boleh mendengar dan memberi arahan kepada cermin tersebut. Walaupun dia budak lagi dan merasakan diri tidak cukup bagus seperti Iron Man, akhirnya dia menggalas juga tanggungjawab yang besar dengan berlawan dengan Mysterio dimana dia ditipu dengan memberi cermin mata yang diberi oleh Tony Stark kepadanya Mysterio tersebut. Cerita ni juga ada 2 end credit scene tau. Hehe nak tahu apa? Pergilah bawa keluarga ke pawagam terdekat :D
★★★★

6 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.