Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

May 29, 2020

DariDapurRA | Nasi Ayam

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa peminat nasi ayam dekat sini? Hehe jom cuba masak nak? Senang juga tapi dia banyak benda nak buat tu nampak macam remeh :D
Air rebusan ayam
1. Didihkan air dan masukkan ayam
2. Remus ayam sampai jadi putih
3. Bila ayam dah jadi putih boleh angkat dan asingkan ayam
4. Air rebusan ayam tadi jangan buang sebab kita nak guna nanti

Nasi
1. Panaskan sedikit minyak masak
2. Cairkan butter
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia untuk tumis sehingga bertukar warna
4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning
5. Setelah bahan tadi digaul, boleh letak dalam rice cooker dan masak seperti biasa
6. Siap!

Sambal
1. Potong cili besar dan tomato (sis tak ada cili padi) sebelum dimasukkan dalam blender
2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam tadi
3. Blender sehingga sebati dan hancur
4. Cili yang diblend tadi dimasak diatas dapur
5. Campurkan sos cili, gula, garam, air, sedikit cuka (sis tak ada cuka ganti dengan air limau nipis)
6. Season to taste
7. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api
8. Siap!

Ayam
1. Tumbuk bawang putih dan halia sampai halus
2. Masukkan sekali bersama dengan ayam yang direbus tadi dan gaul dengan kicap manis, sos tiram dan madu
3. Perap selama 30 minit/1 jam
4. Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk buat kicap dia
5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Slowkan api dan masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3-5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko boleh angkat
6. Siap!

Kicap
1. Gunakan kuah perapan yang lebih tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya
2. Masak sekejap atas api
3. Siap!

Sup
1. Buka api dan didihkan air rebusan ayam tadi
2. Masukkan sup bunjut, 1 kiub ayam
3. Perasakan dengan sedikit garam
4. Season to taste
5. Boleh taburkan dengan daun sup dan bawang goreng
6. Siap!

Boleh jenguk dekat IG okay dan follow https://www.instagram.com/ruqaiyah.amanina/. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.