Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

April 29, 2019

Charity Event: CTFKL Kampong Geng Mainan Dengan Tema 80's

Assalamualaikum dan hai semua!
Pernah tak korang join mana-mana acara amal atau cakap omputih dia "charity event"? Selalunya acara amal ni bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sesuatu dan juga lebih kepada mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan. Nina nak share satu program yang memang sangatlah best untuk peminat atau pengumpul mainan ni.
CTFKL adalah Kelab Berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia merupakan "nonprofit organization" atau kelab yang bukan mengaut keuntungan semata-semata. Malah kelab ini  juga "independent" dan tidak disokong oleh mana-mana syarikat terutamanya "toy company". Tujuannya adalah untuk menghimpunkan pengumpul-pengumpul atau peminat-peminat mainan di seluruh Malaysia dalam satu acara seperti Dragon Ball Malaysia dan sebagainya. Di situ mereka boleh bertukar idea, saling berkongsi segala maklumat selain menjual mainan dan mempamerkan koleksi si pengumpul mainan.

Masuk hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja. Semua dana yang terkumpul akan didermakan atau disalurkan kepada badan-badan kebajikan/rumah anak yatim/mereka yang memerlukan. 

Program ini hampir diadakan setiap tahun dengan tema yang berbeza. Untuk tahun ni berlangsung di Dewan Perdana Keramat pada 13 April yang lalu. Banyak aktiviti telah diadakan disana seperti di banner di bawah ini.
Nina pernah pergi dalam sekali jugaklah tapi tahun ni tak dapat nak ikut suami kerana faktor kesihatan. Jadi dari diceritakan dan tengok gambar pun dah tahu memang best. Hehe jom layan sedikit gambar dari Mr.Khairi ni :)
Image may contain: 4 people, people smiling, crowd
Image may contain: 2 people, crowd
Image may contain: one or more people
Untuk mengikuti program selepas ini, boleh layari laman CTFKL;

1 comment:

  1. This internet site is my breathing in, very great pattern and perfect content. 192.168.l.254 is a private IP address to login to your Router Admin Control Panel. Visit 192.168.1.254, logging in, now you can setup your Router such as: Security Options, DNS and much more.

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.