Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

November 4, 2017

Pertama Kali Peperiksaan Secara Atas Talian SPA Untuk PTD 2017

Assalamualaikum dan hai semua!
Rasanya rata-rata semalam ramai yang 'exam online' malam tadi kan untuk position Pegawai Tadbir & Diplomatik M41. Hehe kecoh hal malam tadikan soalan dia macam apa tah. Haha ni merupakan kali pertama Nina dapat tawaran untuk jawab soalan ni. Alhamdulillah Nina dah cuba yang terbaik. Dapat ke tak dapat ke tu lain cerita. Janji kita dah cubakan?

Macam mana korang perasaan malam tadi jawab? Geram tak? Haha Nina pun geram giler sebab bahagian B tu tak cukup masa. Nak fikir lagi. Soalan ada 40. Aduh memang siapa boleh jawab dengan cepat tu memang hebatlah. Sebenarnya soalan tu dia trick kita je. Ada satu soalan tu memang geram je soalan no 2 tak silap yang ada Jaja, Jiji, Jijo, Jojo tu haa. Haha tiba yang manakah ada ayam? Haha menyirap je. 
Tapi bagi sesiapa nak apply lagi lepas ni ada exam lagi sila buat latihan untuk pengiraan ye. Macam kira diameter semua tu lah. Kena ingat formula. InshaAllah boleh jawab kot. Sebab Nina tak study apa pun. Study banyak pengajian am je. Pengiraan tak study apa pun. Jawab kalau boleh sepantas kilat. Jangan terlalu lama dekat satu soalan tu sebab masa memang tak akan cukup untuk fikir soalan lain. Haha

Pastikan capaian internet korang betul tak ada masalah ye. Memang internet kena kuat. Hehe kalau tak ada lah masalah di kemudian hari. Goodluck korang!

4 comments:

  1. goodluck nina! 13 nov kan result keluar? pass or tak, tolak tepi. at least dh cuba terbaik kannn :)

    ReplyDelete
  2. yg soalan jaja jiji tu jawab apa? 😅😅😅

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki untuk stage seterusnya..amiin

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.