Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 31, 2017

Salah Ke Balik 'On Time'?

Assalamualaikum dan hai semua!
Dah macam chipsmore dah Nina kan? Haha kejap up entri lepas itu, menghilang. Up lagi entri. Kejap ada, kejap tak ada. Haha seriously dah terabai dah blog hijau Nina ni. Sorry guys if you waiting my new entry. Tapi apakan daya. Otak kosong, minda letih balik dari kerja. Langsung tak terusik laptop. Nak buka blog lagilah taknya. Sebab kerinduan nak taip entri barukan, gagahkan diri jugalah hari ini buka laptop, taip entri ini. Haha dekat luar dah berdentam dentum bunyi kilat. Tu tanyanya nak hujan! Yeahhaaaa! :D

Apa khabar korang? Mesti reader blog ni makin menghilang jugakan. Macam writer blog ni jugalah. Haha janganlah korang. Stay with this blog ok! Terima kasih pada yang setia lagi nak blogwalking dekat blog ni. 

Tak boleh nak cakap apa sebab kerja stress sangat dengan macam-macam perkara berlaku. Balik rumah dah tak ada mood nak online. Buka laptop pun tidak. Tak payahlah cerita pasal ni. Nak share or nak tanya pendapat korang je ni sebenarnya. Haha terdetik hati nak up entri ni. Nak kata sakit hati pun mungkin. Nak cakap bukan bersalah pun mungkin ya. Haha tak kisahlah mana satu situasi pun. Salah tak kalau kita balik 'on time'? Korang selalu balik 'on time' ke lambat dari kerja? Depends pada keadaan jugalah kan?

Nina jenis balik 'on time' sebab Nina tak suka nak lengah balik ke tapi kalau keadaan terpaksa tak apa. Tak paham jenis yang suka balik lambat. Kalau sebab kerja ok je. Tapi kalau jawapannya sebab nak borak ke, boring balik awal ke. Macam tak relevan. Sebab bagi Nina balik awal or 'on time' ni lagi bagus. Kita dahlah half day di pejabat. Bila nak ada kualiti masa dengan diri kita sendirikan. Kita nak juga buka laptop layan movie ke, jalan-jalan ke atau nak bersama dengan family atau orang yang kita sayang. Nina sangat rimas kalau lama di pejabat. Dah habis masa kerja, chow baliklah walaupun belum berkeluarga lagi ni. Hehe boring lama-lama di pejabat tu tengok kertas kerja yang berlambak tu, tengok pc. Arghhhhh! Kerja tak akan pernah habis. Sebab itu, Nina balik awal. Kerja boleh sambung esok je. Abaikan orang nak cakap kita selalu balik awal. Sebab kita ada life juga :D

Jangan marah ye bagi yang tak setuju dengan pendapat Nina ni. Kalau ada sebab masing-masing sila abaikan benda macam ni. Haha oklah entri kali ini sampai disini sahaja. 

2 comments:

  1. Dulu masa kak PC kerja...bergantung pada keadaan dgn syarat mklumkan pada en suami..ada ketika perlu ada masa on time balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul kak yg dah kahwin kenalah maklum pd suami. hehe

      Delete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.