Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

October 23, 2012

Oh Kucing Jalanan !

korang suka kucing ? tak suka ? tak boleh jumpa kucing ? alergik kalau nampak kucing ? korang yang mana satu ? kucing adalah binatang kesayangan Nabi kita. so kita sebagai manusia tak bolehlah berbuat jahat dengan kucing. besar dosanya tau. biarlah kucing tu datang dekat kita. biarlah dia meow dekat kita. biarlah dia dekat kaki kita. biarlah sahaja dia di situ. janganlah kita sepak, terajang, belasah malah lebih kejam dari itu. 

pernah dengar kes ni tak. kucing tu dipotong kedua kaki depan oleh tauke kedai makanan sebab kucing tu curi seekor ikan. tergamaknya dia buat begitu pada kucing yang tidak bersalah. apa salahnya dia bagi seekor je ikan kepada kucing tersebut. kalau dia nak halau kucing selepas itu pun tak apa. sekurang kurangnya kucing itu dibagi makan. sisa sisa makanan orang makan pun boleh dibagi. nina sangat sedih bila tengok keadaan begitu berlaku. nina dan family memang sayang pada kucing. malah kami dari dulu bela kucing. bila kami pergi kemana je pasti ada kucing yang datang. kami tak sampai hati nak bagi tulang je takut kucing tu tercekik. bagi jela apa yang ada untuk kucing tu makan. kalau ada daging ayam tu bagi jela sikit. kalau pedas kami akan basuh dulu. kesian nanti pedas pula kucing tu makan. 

pernah tak korang tefikir , 
‎"Kenapa kucing jalanan itu hanya datang kepada kita sahaja, tidak kepada orang lain... ??" 
Ingatlah, kucing jalanan ini mungkin dihantar oleh Allah SWT untuk menguji sejauh mana perikemanusiaan kita walaupun hanya kepada haiwan...
moral of story : berbuat baiklah dengan kucing or haiwan lain kerna besar ganjaran pahalanya yang Allah SWT berikan :)

2 comments:

  1. sampai bila-2 pun,saya tetap sayang kucing wlaupun kucing saya dh tkde lagi..:')

    ReplyDelete
  2. @mazni : ya betul tu. sama lah dengan saya ada yang dah mati ;(

    ReplyDelete

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.