Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

December 15, 2010

TeAtEr SiTi Di ALAM fANtASi 2

salam readers.. nina hari ini nak cerita pasal teater terbaru dekat istana budaya. ha korg msti tahu kan. pernah dengar siti di alam fantasi x? hehe mestila pernah dengar kan. teater ini baik untuk seisi keluarga. teater ini juga terbaik untuk anak2 anda di musim cuti sekolah ini.

148355 172505076108318 169065429785616 529282 3092680 n Siti Di Alam Fantasi

Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.
Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”

pix_gal0


MENCUBA...Liyana berpeluang berlakon dan menyanyi dalam teater muzikal Siti Di Alam Fantasi 2 yang akan mula dipentaskan di IB pada 22 Disember ini.

Siti Di Alam Fantasi kini kembali selepas sepuluh tahun. Siti yang menggantikan Amy Mastura yang telah menjadi Siti sepuluh tahun lalu kini dilakonkan oleh LJ.

jom ramai2 saksikan Siti Di Alam Fantasi di 

Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Persembahan : 22-31 Dec 2010 ( 8.30 malam)
Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150


so sesiapa nak beli tket secara online ke bolehla layari laman web (link) dekat atas ni ye.. :)



2 comments:

Thank you for comment. Come again :)

WARNING!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Seseorang yang menggunakan applikasi dengan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun @ kedua-duanya.